Safura Ampunkan Ifa Raziah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah terbaru Safura Yaacob dipetik daripada Facebook miliknya.
Wajah terbaru Safura Yaacob dipetik daripada Facebook miliknya.

PETALING JAYA: Pelakon Safura Yaacob dengan hati terbuka mengampun dan memaafkan perbuatan penyanyi Ifa Raziah yang telah memberi tohmahan buruk dengan menuduhnya sebagai pelakon wanita murahan di sebuah laman sosial, Sabtu lalu.

Safura berkata, dia turut mengikut nasihat ibunya supaya mengambil tindakkan sedemikian bagi memastikan masalah di antara mereka yang terjadi sejak lebih sepuluh tahun lalu tidak terus berpanjangan.

“Saya sudah memaafkan perbuatan dia yang tergamak mengelar saya dengan pelbagai bahasa-bahasa kasar.

“Ibu saya yang mengetahui perkara itu menasihati agar tidak perlu melayan perkara tersebut kerana kita sendiri terkejut kenapa penyanyi itu tergamak mengeluarkan bahasa sedemikian,” katanya ketika dihubungi mStar Online Jumaat.

Safura diminta mengulas kenyataan pelakon dan penyanyi Ifa Raziah yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dalam sebuah laman sosial Twitter berikutan kenyataan Safura mengenai hubungan mereka di sebuah program hiburan televisyen baru-baru ini.

Dalam program itu Safura menceritakan perkembangan peribadinya selama ini selain memaklumkan masalah mengenai kes mahkamah di antara dia dengan pelakon terbabit sudah selesai.

Safura berkata, dia enggan memberi ulasan lanjut atau mengecam semula tindakan artis itu kerana dia percaya manusia yang bersikap demikian tidak pernah berasa kesal dengan apa yang dilakukannya.

“Tidak guna saya memarahi atau membalas tindakannya kerana saya tahu orang seperti itu tidak akan pernah menyesal dengan tindakkannya dan ia akan memburukkan lagi keadaan.

“Lagi pula saya tahu ramai orang yang berpihak dan membela saya. Mereka sendiri tahu siapa betul dan siapa yang salah,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Ifa Raziah bahawa Safura masih belum menyelesaikan kos mahkamah sebanyak RM500 membabitkan saman di antara mereka seperti mana yang diarahkan, ujar Safura bayaran tersebut sudah dijelaskan melalui peguamnya.

Kata Safura, dia terkejut apabila Ifa Raziah menuduhnya tidak menjelaskan bayaran tersebut sehingga kini sedangkan dia telah berbuat demikian apabila mendapat perintah daripada pihak mahkamah.

“Saya terkejut kenapa dia menuduh saya tidak menjelaskan bayaran tersebut kerana denda RM500 itu sudah diselesaikan pada hari pertama saya diperintahkan membayar.

“Namun bayaran itu diberikan kepada mahkamah melalui peguam saya dan bukan kepada penyanyi itu. Saya tidak berhutang apa-apa dengan dia. Dia sepatutnya bertanya kepada mahkamah mengenai perkara itu,” katanya kesal.

Dalam pada itu, Safura yang berumah tangga dengan pelakon Sahronizam Noor mengakui hidupnya kini lebih tenang.

“Kehidupan saya kini lebih bahagia dan tenang bersama keluarga. Suami saya banyak memberi sokongan terutamanya dalam hal kerjaya lakonan,

“Saya juga sentiasa mengingatkan diri agar tidak menjadi hamba yang dilaknat oleh Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain Ifa Raziah menerusi status Facebook miliknya Rabu lalu memohon maaf daripada peminatnya yang mungkin terasa hati akibat kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap mereka sebelum ini.

Pelakon itu berkata dia tiada niat untuk menghina mereka dan mengambil pendekatan untuk berdamai.

"Ifa memohon ampun dan maaf buat peminat-peminat semua. Sama ada peminat Ifa ataupun bukan, sedikit pun sebesar zarah tak ada niat Ifa nak menghina anda semua," katanya.

Sebelum ini Safura pernah mengemukakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada Ifa Raziah dengan mendakwa penyanyi dangdut itu telah secara salah dan dengan niat jahat kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan edisi 10-16 Oktober, 1998 dan edisi 31-06 November, 1998.

Safura mendakwa Ifa Raziah telah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu dia (Ifa Raziah) baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan yang dia baru sahaja sembuh daripada penyakit ganjil tetapi menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan oleh seorang rakan artis iaitu Safura.

Safura bagaimanapun tewas dalam tuntutan itu sebaliknya perlu membayar kos mahkamah sebanyak RM500.

Sementara itu, peguam kepada Ifa Raziah, Shamsul Anwar yang menghubungi mStar Online lewat petang Jumaat berkata Safura sebenarnya salah faham berhubung wang RM500 itu.

Katanya, pihak Safura sepatutnya menjelaskan wang berkenaan kepada anak guamnya berikutan persetujuan kedua-dua belah pihak di mana Safura diperintahkan membayar kepada Ifa Raziah jika ingin menarik semula kes tersebut.

“Kes tersebut memang sudah selesai tetapi kami belum menerima bayaran RM500 yang sepatutnya diselesaikan itu daripada peguam Safura sehingga hari ini.

“Dia salah faham bahawa bayaran itu perlu dibuat kepada Ifa Raziah bukan kepada mahkamah. Sementara itu kes tuntutan ganti rugi RM100,000 yang dikemukakan Ifa Raziah terhadap Safura masih lagi berjalan,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan