Rumah Tangga Katy Perry Goyah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katy Perry dan Russell
Katy Perry dan Russell

BARU sahaja tiga bulan hidup sebagai suami isteri, rumah tangga penyanyi Katy Perry dan Russell dikhabarkan sudah goyah. Malah Katy dikatakan sibuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling bagi membaiki masalah tersebut.

Penyanyi lagu Teenage Dream ini diberitahu sedang mencari penasihat apabila satu pertengkaran berlaku antara dia dan Russell.

Perkara tersebut berpunca apabila gambar Katy Perry tanpa sebarang solekan dihantar oleh Russel melalui Twiiter miliknya.

Selain pertengkaran tersebut, salah satu sebab lain ialah kekurangan waktu untuk bersama yang disebabkan kesibukkan kedua-dua selebriti ini.

Katy kini sibuk dengan persiapan konsert dunia, manakala Brand sibuk dengan penggambaran filem terbarunya.

Mereka juga dikhabarkan tidak lagi memberi pesanan-pesanan romantik di Twitter seperti mana yang dilakukan sebelum berkahwin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan