Radhi Khalid Lamar Pelakon India Untuk Filem 'RajuRaja'

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Radhi Khalid (gambar) bercadang melamar pelakon filem Tamil terkenal di India, Surya Sivakumar untuk muncul dalam filem pertama terbitannya berjudul RajuRaja.

Radhi yang turut berlakon sebagai Raja Ahmad dalam filem tersebut mahu memberikan watak utama bernama Raju kepada Surya, pelakon filem Nandha, Kaakha Kaakha, Pithamagan, Perazhagan, Ghajini, Vel, Vaaranam Aayiram , Ayan dan Singam itu.

Filem tersebut sedang menjalani proses pra-produksi dan bakal memasuki penggambaran pada bulan April atau Mei tahun ini di Genting Highlands dan Bangkok, Thailand.

“Kalau boleh saya mahukan Surya berlakon dalam filem RajuRaja. Jika tidak, pilihan kedua saya adalah Madhavan yang turut terkenal di India. Filem ini masih dalam proses pengolahan dan saya sedang mencari penaja untuk membiayai kosnya berjumlah tidak kurang dari RM2 juta.

“Saya telah memikirkan idea filem ini sejak lima tahun lalu dengan bantuan pelakon Sabri Yunus yang mencadangkan watak dua hero.

“Cerita ini di aspirasikan dari filem Tamil dan Hindustan yang memaparkan tentang dua hero. Filem RajuRaja akan digarap menggunakan stail filem Bollywood iaitu Mohabbatein,” ujarnya kepada mStar Online.

Setakat ini, dia belum menetapkan pengarah yang akan mengarah filem terbitan syarikatnya iaitu Radhikal Films yang baru ditubuhkan pada Januari lalu. Namun dia mahu mencadangkan nama pengarah terkenal, Raja Ahmad Alauddin.

“Kita selalu menonton filem seram dan komedi tetapi kali ini saya mahukan filem genre drama yang melambangkan kehidupan kasih sayang pelbagai bangsa.

“Memandangkan cerita ini mengisahkan tentang dua hero, jadi saya akan menggarapkan jalan ceritanya seperti filem Tamil dan Hindustan yang mempunyai seorang hero baik dan seorang hero jahat.

“Menariknya, filem ini akan diselitkan dengan tiga hingga empat buah lagu ditambah dengan tarian,” katanya.

Filem tersebut mengisahkan tentang dua adik-beradik yang terpisah dan bertemu semula selepas 30 tahun. Biarpun mereka merupakan adik-beradik, bagaimanapun mereka dilahirkan berlainan bangsa iaitu seorang berketurunan India bernama Raju dan seorang lagi berketurunan Melayu bernama Raja Ahmad.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan