Acara Menarik Sempena Hari Terbuka Finas 12 & 13 Februari Ini

Diterbitkan: Selasa, 8 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marsha antara artis yang akan hadir ke Hari Terbuka Finas pada 12 dan 13 Februari ini di Kompleks Merdeka Finas.
Marsha antara artis yang akan hadir ke Hari Terbuka Finas pada 12 dan 13 Februari ini di Kompleks Merdeka Finas.

HULU KELANG: Setelah berjaya menganjurkan Hari Terbuka Finas selama dua tahun berturut-turut mulai 2009, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan mengadakan karnival tersebut buat kali ketiga pada 12 dan 13 Februari ini di Kompleks Studio Merdeka agensi, di sini.

Hari Terbuka Finas 2011 akan berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam pada 12 Februari manakala 9 pagi hingga 6 petang pada hari berikutnya.

Karnival berkenaan diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan Finas dengan orang awam termasuk pengamal industri perfileman sekali gus membentuk komuniti filem tempatan.

“Kami menjangkakan lebih 7,000 pengunjung yang akan hadir ke hari terbuka ini berbanding 6,184 pengunjung pada tahun lalu kerana banyak aktiviti yang akan disediakan oleh pihak Finas seperti uji bakat lakonan, sesi bergambar dengan artis, pameran peralatan perfileman, jualan, tayangan filem dan sesi interaktif.

“Selain itu, kami juga menambah aktiviti baru seperti uji bakat pembaca berita dan lawatan berpandu iaitu pengunjung dibawa melihat demonstrasi kemudahan perfileman di Studio Digital Mix Stage, FINASPOST dan Studio Sound Stage yang bernilai RM57 juta,” kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab dalam satu sidang media di Finas, di sini, Selasa.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Finas, Fatimah Ahmad, pelakon Ellie Suriati, Khatijah Tan, Jehan Miskin dan Radhi Khalid.

Artis-artis ini akan terlibat dalam karnival tersebut bagi sesi uji bakat lakonan dan sesi bergambar. Artis popular lain yang juga akan hadir dalam aktiviti berkenaan adalah Scha Al-Yahya, Pierre Andre, Zizan Raja Lawak, Marsha dan Julia Ziegler.

Sementara tayangan filem tempatan untuk kedua-dua hari tersebut akan turut diadakan seperti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet, Crayon, Ngangkung dan Janin.

Turut ditayangkan lima dokumentari terbitan Finas seperti P. Ramlee, Supermokh, Tun Razak, Sudirman dan Fight Master.

Pada karnival itu, Finas akan membuka gerai khas untuk jualan dan mendapatkan maklumat tentang Finas dan industri seperti KRU Studios, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan Persatuan Seniman Malaysia.

Hari Terbuka bertemakan Filem Citra 1Malaysia ini merupakan kesinambungan Program Merakyatkan Filem yang diilhamkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada tahun 2007.

Beliau juga akan merasmikan Hari Terbuka Finas 2011 pada 12 Februari ini, pukul 10 pagi di Dataran Karyawan Finas.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan