Yusry Tidak Terfikir Cari Calon Isteri Di Kalangan Pelajar

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem, Yusry Abdul Halim atau lebih dikenali dengan panggilan Yusry KRU tidak terfikir untuk mencari calon isteri di kalangan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, apabila bergelar pensyarah sambilan di universiti itu.

Yusry mengakui walaupun pada dasarnya dia akan menjadi perhatian kerana kedudukannya sebagai seorang selebriti tetapi tumpuan utamanya ialah untuk memberi pendidikan kepada para pelajar.

“Saya tidak terfikir pun soal itu. Yang penting para pelajar akan dapat ilmu daripada apa yang hendak saya ajar,” katanya.

Yusry akan mula mengajar di UiTM, Shah Alam, secara sambilan bermula Jumaat ini untuk kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi untuk pelajar ijazah sarjana muda animasi tahun akhir semester 6 di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.

Kata Yusry, dia juga tidak pernah terfikir untuk bergelar pensyarah sebaliknya pengalaman sebagai tenaga pengajar untuk pekerja produksi di bawah KRU Studios akan digunakan sebaik mungkin dalam memberi didikan kepada pelajar kursus berkenaan.

Bagaimanapun, adik kepada penerbit filem Norman Abdul Halim ini tidak berani untuk menjawat jawatan tersebut secara kontrak kerana bimbang terikat dengan komitmen lain.

“Saya masih melakukan kerja-kerja produksi dan menghasilkan filem baru. Kuliah di UiTM hanya mengambil masa tiga jam dalam seminggu. Saya tidak sabar untuk memulakan tugasan baru ini,” ujarnya yang baru tampil dengan single terbaru berjudul Ganas.

Dalam perkembangan lain, Yusry juga bakal muncul dengan filem Merong Mahawangsa yang akan ditayangkan di pawagam mulai 10 Mac ini.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan