The White Stripes Dibubar

Diterbitkan: Ahad, 6 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

The White Stripes yang terdiri daripada Jack dan Meg kini menjadi kenangan.
The White Stripes yang terdiri daripada Jack dan Meg kini menjadi kenangan.

SELEPAS 13 tahun dalam bidang seni muzik dengan garapan sebanyak enam buah album, The White Stripes membuat keputusan untuk membubarkan kumpulan duo itu.

Kumpulan yang terdiri daripada Meg dan Jack Whiter itu mengumumkan pembubaran tersebut melalui laman web mereka di www.whitestripes.com pada 2 Februari lalu. Kedua-duanya telah menulis nota terakhir itu kepada peminat-peminat mereka.

"Punca perpisahan ini disebabkan oleh pelbagai alasan yang sukar untuk dijelaskan.

"Namun ia akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat kami, tambahan pula pelbagai kenangan yang indah berlaku sepanjang berada dalam The White Stripes," kata Meg dan Jack.

Kumpulan alternatif rock tersebut dibentuk pada tahun 1997 di Detroit, Michigan dan mula dikenali pada tahun 2002 setelah album ketiga mereka, White Blood Cells, berjaya hingga ke seluruh dunia.

Meg dan Jack pernah berkahwin namun, rumah tangga mereka tidak dapat bertahan lama dan kedua-duanya bercerai.

Bagaimanapun, atas dasar profesional, The White Stripes yang terkenal dengan fesyen pakaian berwarna merah masih diteruskan seperti biasa.

Album terakhir mereka, Icky Thum, telah dihasilkan pada tahun 2007. Kemudian masing-masing mula rehat seketika dan membuat urusan masing-masing.

Jack turut terlibat dengan kumpulan The Racounteurs dan The Dead Weather manakala Meg pula memberi fokus pada kehidupan peribadinya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan