Kristen Stewart dan Jessica Biel Berebut Watak Lois Lane - Berita Hiburan | mStar

Kristen Stewart dan Jessica Biel Berebut Watak Lois Lane

Diterbitkan: Ahad, 6 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kristen Stewart
Kristen Stewart

DUA aktres hebat, Kristen Stewart dan Jessica Biel bakal bersaing untuk merebut watak Lois Lane bagi filem dibawah penerbitan syarikat Warner Bros, Superman: The Man Of Steel.

Menurut sumber kepada laman web Aceshowbiz, kedua-dua mereka telah mengadakan sesi ujibakat khas dan pengumuman siapakah bakal memegang watak Lois masih belum ada kepastian lagi.

Selain Kristen dan Jessica, beberapa aktres lain seperti bintang Sherlock Holmes, Rachel McAdams, Diana Agron dan Malin Akermen turut mencuba nasib untuk mendapatkan watak tersebut.

Bagaimanapun, nama Kristen menjadi sebutan ramai dan berkemungkinan besar watak Lois menjadi genggaman akters itu.

Dalam pada itu, watak superhero Superman telah pun ditemui pelakonnya iaitu Henry Cavil.

Filem yang diterbitkan oleh Christopher Nolan itu bakal memulakan penggambarannya pada bulan Jun akan datang di Vancouver, Kanada dan dijadualkan akan ditayangkan pada atahun 2012.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan