James Cameron Karyawan Hollywood Terkaya 2010

Diterbitkan: Sabtu, 5 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

James Cameron
James Cameron

WELLINGTON: Pengarah filem terkenal James Cameron dilaporkan menggungguli senarai penggiat filem Hollywood yang memperoleh pendapatan terbanyak bagi 2010 susulan kejayaan luar biasa filem arahannya Avatar.

Cameron memperoleh sebanyak RM782.4 juta hasil daripada penulisan, penerbitan dan pengarahan filem pecah panggung itu.

Sementara itu, aktor versatil Johnny Depp pula menyusul di tangga kedua dengan pendapatan RM304.5 juta daripada dua filem lakonannya Alice in Wonderland dan The Tourist, selain bayaran pendahuluan untuk francais terbaru Pirates of the Carribean: On Stranger Tides yang bakal ditayangkan Mei depan.

Seorang lagi pengarah filem Steven Spielberg pula meraih pendapatan ketiga terbanyak dengan RM243.6 juta yang diperolehi daripada hasil royalti taman tema Universal dan bayaran rundingan untuk filem War Horse.

Berikut adalah senarai 10 karyawan filem Hollywood yang memperoleh pendapatan terbanyak tahun lalu:

James Cameron Johnny Depp Steven Spielberg Christopher Nolan Leonardo DiCaprio Tim Burton Adam Sandler Todd Phillips Taylor Lautner Robert Downey Jr

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan