Katil Bergegar Selepas Balik Penggambaran "Karak"

Diterbitkan: Jumaat, 4 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Kyla Fairy mengakui turut mengalami pengalaman seram ketika menjalani penggambaran filem seram berjudul Karak.

Menurut Kyla, ketika ingin melelapkan mata selepas pulang dari penggambaran, katilnya mengalami seperti digoncang dengan kuat sehingga dia terjaga.

“Selepas penggambaran kira-kira pukul 9 pagi saya terlalu penat dan terus melelapkan mata dan ketika itu juga satu gegaran kuat berlaku, sedangkan katil saya agak berat.

“Saya tersedar dan cuba tidur semula namun beberapa saat berlaku kejadian yang sama. Saya terus berlari keluar mendapatkan mama,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, menurut Kyra ia tidak mahu memikirkan perkara tersebut sebagai kejadian misteri atau gangguan mahklus halus.

“Saya mungkin terlalu penat dan tidak sempat untuk membersihkan diri sebelum tidur, namun saya tidak menganggap perkara itu sebagai gangguan mahluk halus.

“Mungkin berlaku sedikit gegaran bumi sahaja,” ujarnya yang masih tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Selain filem terbitan KRU Production itu, Kyra turut terlibat dalam drama seram Darah Puntianak dan Mistik Alam Hitam (Minyak Dagu )arahan Rashid Sibir.

“Saya akui saya seorang yang penakut tetapi drama dan filem yang saya terima kebanyakannya bergenre seram.

“Namun begitu saya menganggap ianya sebagai satu cabaran sebagai pelakon baru,” kata anak kepada penyanyi veteran Rohana Jalil. Selain itu, Kyla mengakui masih mencari bahan yang sesuai untuk album pertamanya bersama KRU Production.

“Mereka masih mengenalpasti suara saya sesuai untuk membawakan genre apa. Kami sudah buat beberapa rakaman lagu untuk menilai genre terbaik untuk saya,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan