Raja Azrey Arah Teater Bangsawan 'Siti Zulaikha' - Berita Hiburan | mStar

Raja Azrey Arah Teater Bangsawan 'Siti Zulaikha'

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sesi latihan teater Siti Zulaikha
Sesi latihan teater Siti Zulaikha

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia akan mementaskan teater bangsawan Siti Zulaikha pada 26 dan 27 Februari ini pukul 8.30 malam di Auditorium Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka.

Teater adaptasi dari naskhah asal srikandi Siti Zulaikha ini bakal diarahkan oleh pelakon dan pengarah Raja Azrey dan turut melibatkan artis-artis terkenal tanah air.

Menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, Datuk Kamarul Airi Arifin, objektif utama pementasan teater ini adalah untuk mengembalikan kegemilangan sekali gus mengangkat seni teater bangsawan yang suatu ketika dulu pernah menjadi acara hiburan masyarakat.

“Sebelum adanya medium elektronik seperti televisyen dan radio, pementasan teater bangsawan termasuk wayang kulit menjadi program hiburan penonton yang berkumpul bagai suasana di panggung wayang.

“Justeru, sebagai badan yang bertanggungjawab Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia bersama Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Persatuan Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (RESAM) mengadakan pementasan ini untuk mengembalikan kegemilangannya.

”Dalam masa sama memperkenalkannya kepada generasi muda yang tidak pernah mengetahui kewujudan bangsawan,” katanya.

Antaranya pelakon yang terlibat adalah Ani Mayuni dan DJ Pool (KL FM) yang mendukung watak utama selain turut dibantu oleh artis seperti Azza AF, Khaty Azean, Eida Moin, Syukor Yon dan Shah Farid. Produksi ini membabitkan 80 orang yang terdiri daripada pelakon, penari, pemuzik dan krew teknikal.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan