Anak Lelaki David Beckham Minat Tarian Balet

Diterbitkan: Khamis, 3 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANAK lelaki pemain bola sepak Inggeris terkenal, David Beckham (gambar) bercita-cita untuk menjadi penari balet.

Cruz Beckham yang berusia lima tahun menonjolkan bakatnya dalam bidang tarian itu dan tertarik dengan seni tari balet.

Hal tersebut diketahui ketika pertama kali Cruz mengikuti sepupunya ke kursus balet. Secara tiba-tiba dia terus ikut menari dan mahu turut serta dalam latihan.

Menurut Contact Music, Rabu, orang terdekat dengan keluarga David dan Victoria memberitahu hal berkenaan.

Sehingga kini, Cruz sudah mengikuti kursus tersebut selama beberapa kali. Menariknya, Beckham juga sangat menyokong bakat terpendam Cruz.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan