Peluang Muncul Dalam Klip Video DynDa

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DynDa mengajak para penggemar muzik tarian menyertai pertandingan tarian 'DynDa Hanya Kamu Dance Off'.
DynDa mengajak para penggemar muzik tarian menyertai pertandingan tarian 'DynDa Hanya Kamu Dance Off'.

KUALA LUMPUR: Kumpulan DynDa yang popular menerusi lagu Babe… Hanya Kamu mengajak individu yang berbakat dalam bidang tarian untuk menonjolkan kebolehan menari dengan menyertai pertandingan tarian pada Februari ini.

Memilih nama DynDa Hanya Kamu Dance Off, Dynda yang dianggotai oleh Renni, Vega, Elly, Reella menjemput penari tempatan dan asing yang berkebolehan menari tarian jalanan dan K-Pop untuk hadir ke sesi saringan aktiviti itu.

Ia akan diadakan pada pukul 3 petang, 12 Februari ini bertempat di T-Hop, Tingkat 6 Sungei Wang Plaza, di sini.

Sepuluh kumpulan terbaik akan layak ke peringkat akhir dalam acara yang akan diadakan pada 20 Februari di lokasi yang sama.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Alibi Music Sdn Bhd, Sungei Wang Plaza sebagai penaja lokasi dan Sensasi Selebriti sebagai portal rasmi.

DynDa Hanya Kamu Dance Off menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang.

Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan berpeluang untuk muncul dalam video klip DynDa.

Manakala tempat kedua dan ketiga bakal masing-masing memenangi wang tunai RM1500 dan RM700.

Menurut Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, Ferhard Ahmad, pertandingan ini dianjurkan sempena kemunculan single terbaru Dynda 'Babe… Hanya Kamu' yang telah dihasilkan sekitar penghujung 2010.

“Lagu ‘Babe … Hanya Kamu’ ciptaan Adeep, Francis Cobb dan Aiqa Halim adalah single kedua DynDa selepas ‘AMPM’. Liriknya ditulis oleh Adeep dan DynDa sendiri.

“Untuk kelainan, kami anjurkan pertandingan ini bagi mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video muzik DynDa. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim dengan ciri-ciri yang sedia ada pada DynDa. Gerak tari mereka mestilah lincah dan koreografi pula kenalah menarik.

“Di samping itu, bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi, peserta yang “stailo” mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara,” kata Ferhard.

DynDa yang ditubuhkan pada Disember 2009 memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari terlihat dalam kumpulan mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Achik, BoomBox Republic di talian 016-2950728 atau Eksekutif Pemasaran Alibi Music, Zulaika di talian 012-2851094 atau pejabat Alibi Music Sdn Bhd di talian 03-7725 6670 / Fax 03-77256650.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan