Anak Khadijah Ibrahim Tubuh 'Band' Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johan (kiri) kini menubuhkan band sendiri, Johan Rahman & Friends. - Foto koleksi JOHAN
Johan (kiri) kini menubuhkan band sendiri, Johan Rahman & Friends. - Foto koleksi JOHAN

KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim, Johan Rahman, 23, menubuhkan kumpulan muzik sendiri yang digelar sebagai Johan Rahman & Friends sejak beberapa bulan lalu.

Memegang posisi pemain dram, Johan turut ditemani oleh John Dip Silas, 21, sebagai pemain piano dan keyboard manakala Daniel Foong, 25, sebagai pemain gitar bass.

Ketiga-tiga masih menuntut di menara gading dan menjadikan muzik sebagai medan untuk menonjolkan bakat dan minat masing-masing.

Johan sedang mengikuti pengajian dalam bidang perniagaan antarabangsa di Macquarie University, Sydney, Australia, John mendalami bidang muzik di Australia International Conservatorium, Sydney manakala Daniel belajar di International College of Music (ICOM), Kuala Lumpur.

“Sekarang saya sedang bercuti semester dan buat masa ini saya menumpukan kepada persembahan di sekitar Kuala Lumpur. Selain di sini, saya juga bermain muzik di beberapa kelab di Australia.

"Pada mulanya, saya bermain muzik sekadar untuk suka-suka dan sebagai hobi. Selepas selesai pengajian nanti, saya mahu tumpukan kepada karier muzik ini secara sepenuh masa,” katanya yang kini berada pada tahun akhir di universiti tersebut.

Mendalami tentang genre muzik yang menjadi pilihannya, Johan cuba mempromosi muzik berentak ‘fusion’.

“Saya mula belajar bermain dram sejak berusia 14 tahun. Saya mahu mencipta lebih banyak penghargaan dan kesedaran kepada penggemar muzik terutama rentak jazz dan genre muzik komersial yang lain.

“Jadi, saya dan John sedang dalam proses menggubah lagu untuk mengembangkan minat masing-masing dalam bidang muzik,” katanya lagi.

Jelasnya, minat terhadap bidang muzik mula timbul apabila sepupunya, pemain dram Andy Chan, rakan-rakannya, Menzie Kee dan Desmond Ng serta bapanya, Datuk Rahman memberikan galakan kepadanya.

Selain itu, dia juga menggemari pemain dram antarabangsa terkenal seperti Dennis Chambers, Lewis Pragasam dan Bernard Purdie.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan