'The Superb Match Makers' Di NTV7 Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Selasa, 1 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu adegan dalam The Superb Match Makers.
Salah satu adegan dalam The Superb Match Makers.

PETALING JAYA: Saluran televisyen NTV7 bakal menayangkan telefilem istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Khamis ini.

Telefilem berjudul The Superb Match Makers itu akan disiarkan pada pukul 10 malam.

Ia merupakan sebuah filem komedi romantik mengisahkan lima individu yang ditakdirkan menjadi telangkai (perantara jodoh).

Mereka harus menyempurnakan misi yang diberi sebelum mencecah umur 30 tahun untuk memberhentikan sumpahan yang dibuat ke atas mereka. Jika gagal berbuat demikian, mereka akan hidup keseorangan untuk seumur hidup.

Misi Hong Niang yang dilakonkan oleh Chua Pei Xuan dan empat telangkai yang lain adalah mencari jodoh untuk Ah Gan (lakonan William San), seorang pemilik gerai makanan yang sering berpakaian selekeh dan pemalu.

Ah Gan tidak mempunyai kekasih apabila dia ditinggalkan cinta pertamanya, Meng Hua (Aenie Wong) tanpa sebarang penjelasan.

Masalah mula timbul di dalam misi mereka apabila Ah Gan sebenarnya telah menyukai Hong Niang di dalam diam.

Produksi ini juga turut dibintangi oleh para pelakon Tionghoa tempatan popular, antaranya Melvin Sia (Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Paling Popular, Golden Awards), Yeo Yann Yann (Pelakon Wanita Terbaik, Golden Awards), Owen Yap (Hos Terbaik Program Variasi & Hiburan dan Hos Terbaik Berita & Hal Ehwal Semasa, Golden Awards),William San, Leslie Chai, Monday Kang, Frederick Lee dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Kethsvin Chee, telefilem ini merupakan karya tempatan yang yang sarat dengan nilai humor dan juga diterapkan unsur klasik dan kontemporari.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan