Anugerah Seri Angkasa 2010 Muncul Semula

Diterbitkan: Selasa, 1 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun tidak diadakan, Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) kembali dan bakal diadakan pada 19 Februari depan.

Ia akan menemui penonton dalam satu acara kemuncak yang akan diadakan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Bagaimanapun sehari sebelum itu, pada 18 Februari, beberapa kategori terpilih akan diumumkan.

Dengan tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA2010 kali ini dianjurkan di bawah tiga peneraju utama stesen-stesen penyiaran iaitu Radio televisyen Malaysia (RTM), Media Prima Berhad dan ASTRO.

Rancangan berkenaan akan ke udara di tiga saluran televisyen iaitu TV2, TV9 dan Astro Prima serentak.

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, sebanyak 53 anugerah dipertandingkan iaitu 34 Anugerah Televisyen (TV), 16 Anugerah Radio dan tiga Anugerah Khas termasuklah dua penambahan anugerah baru iaitu Anugerah Khas Juri Radio dan Anugerah Khas Juri TV.

"Kemunculan semula ASA merupakan satu tanda positif untuk bersaing dalam bidang penerbitan tempatan.

"Ia dapat dilihat berdasarkan penyertaan yang telah diterima di mana sebanyak 521 yang menyertai iaitu 198 bagi kategori radio dan 323 bagi kategori TV.

"Sebenarnya jika nak diikutkan, lebih daripada 600 penyertaan yang diterima tetapi ia terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan," katanya pada sidang akhbar pelancaran ASA2010 di Hotel Royal Chulan, di sini, Isnin.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah rancangan-rancangan yang disiarkan pada sesebuah stesen TV perlu berada pada tempoh 1 Jun 2009 hingga 31 Julai 2010 dan ia bukanlah hasil daripada penerbitan daripada luar negara memandangkan anugerah tersebut hanya untuk warga tempatan.

Selain itu, tambah Rais, penggunaan bahasa Malaysia yang salah juga diambil kira kerana ia mampu merosakkan bahasa dan mengelirukan masyarakat mengenai penggunaan bahasa yang betul.

Berdasarkan statistik, bilangan penyertaan telah meningkat sebanyak 20 peratus berbanding ASA2006.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, dia percaya gabungan kesemua stesen-stesen televisyen (TV) mampu menguatkan penganjuran ASA2010 dan ia pasti kelihatan lebih gah berbanding penganjuran ASA sebelum ini.

"Saya rasa ASA2010 menimbulkan satu kelainan apabila kesemua stesen TV bergabung. ASA2010 juga merupakan satu lagi penambahan majlis anugerah yang pastinya memeriahkan industri hiburan tanah air dan pada masa sama juga membuatkan lebih banyak lagi syarikat penerbitan drama bersaing secara sihat," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan