Gandingan Zizi, Halim & Shiera Kukuhkan Suria FM

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shiera secara rasminya diumumkan sebagai penyampai Suria FM dan bergandingan dengan Zizi dan Halim Othman mulai 31 Januari ini. - Foto SAM THAM
Shiera secara rasminya diumumkan sebagai penyampai Suria FM dan bergandingan dengan Zizi dan Halim Othman mulai 31 Januari ini. - Foto SAM THAM

PETALING JAYA: Idea menggandingkan tiga penyampai radio iaitu Halim Othman, Zizi dan penyampai baru, Sharifah Shahira (Shiera) di stesen Suria FM dianggap sebagai suatu trend stesen radio masa kini.

Ketua Pegawai Penyiaran, Suria FM, Yusry Abu Samah berkata pemilihan aktres wanita popular itu untuk mengemudi segmen pagi iaitu ‘Breakfast@Suria’ pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 hingga 10 pagi bermula Isnin ini diharapkan dapat menjadikan stesen radio itu lebih versatil.

“Kami memilih Shiera berdasarkan undian yang dilakukan kepada pendengar. Selain itu kami menetapkan untuk memilih penyampai baru dari latar belakang selebriti setelah meneliti kajian dari semua rangkaian stesen radio yang kebanyakannya memilih golongan selebriti sebagai penyampai.

“Kami juga merasakan idea ini mampu memberikan suasana ceria kepada pendengar dan membantu mengekalkan kesetiaan mereka untuk mendengar segmen seterusnya,” kata Yusry ketika sidang media pengumuman Shiera sebagai anggota baru Suria FM di Studio V, One Utama, di sini, Jumaat.

Tambahnya: “Selain itu, kami ingin seimbangkan dari segi jantina penyampai segmen itu yang sebelum ini kedua-duanya lelaki. Jadi, sebab itu kita mencari ‘sekuntum bunga’. Lagipun pendengar kita terdiri daripada lelaki dan wanita.

“Shiera juga dilihat seorang yang versatil dan mempunyai disiplin yang bagus.”

Dalam pada itu, Halim dan Zizi yang sebelum ini digelar sebagai ‘The Kerinting Bro’ telah membubarkan nama tersebut dan menggantikan nama baru iaitu ‘The Kerinting 3’ selepas kemasukan Shiera. Ini kerana rambut ketiga-tiga mereka kerinting.

Bertanya tentang reaksi kedua-duanya tentang penyertaan ahli keluarga baru dalam segmen tersebut, ternyata mereka memberikan reaksi yang positif sekali gus mengalu-alukan kehadiran Shiera.

“Saya melihat Shiera seorang yang sangat versatil setelah menontonnya dalam beberapa program di televisyen. Jadi, saya berharap dia dapat menjadikan karier ini sebagai medan untuk menonjolkan bakatnya.

“Pendengar juga dapat mendengar suara wanita pada waktu pagi. Setakat ini, kami telah berbincang dari segi topik yang akan dibualkan dan memberikan panduan kepada Shiera tentang waktu dia boleh bercakap pada masa-masa tertentu,” ujar Halim.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan