Konsert Aznil Inspirasi Persembahan Sudirman

Diterbitkan: Jumaat, 28 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aznil Nawawi
Aznil Nawawi

PETALING JAYA: Selepas 21 tahun bertapak dalam bidang seni, pengacara Aznil Nawawi, 48, buat julung kalinya bakal mengadakan Konsert Hore Hore pada 12 Mac ini di Taman Tasik Titiwangsa, pukul 8.45 malam.

Konsert yang dianjurkan oleh RYE Production dengan kerjasama pihak Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu berkonsepkan kekeluargaan dan ia diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Aznil, dia gembira kerana berpeluang mengadakan konsert tersebut kerana sebelum ini dia hanya sekadar mengendalikan sesebuah konsert sebagai pengacara atau artis jemputan.

"Saya bersyukur diberi peluang sebegini kerana belum pernah lagi seorang pengacara melakukan konsert sendiri. Tambah pula saya tidak pernah mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert.

"Walaupun tidaklah sehebat dengan konsert-konsert artis lain, saya tetap akan menghiburkan penonton dengan nyanyian serta lawak jenaka saya untuk memastikan konsert saya meriah.

"Setakat ini saya bersama pihak produksi ada membincangkan tentang kejutan-kejutan yang akan dibuat serta pecahan segmen dan salah satunya ialah segmen penghormatan untuk Allahyarham Sudirman," katanya pada sidang media acara itu di Bukit Kiara Equastrian Park, di sini, Khamis.

Tambah pengacara itu, dia juga ingin membuat beberapa gimik serta menempah kostum khas rekaannya sendiri.

Malah Aznil akan membuat latihan senaman untuk menguatkan stamina sebagai persiapan awal konsert tersebut.

"Saya menjadikan konsert Sudirman sebagai inspirasi saya dan mahukan satu kelainan dalam konsert ini agar ia akan diingati sampai bila-bila. Oleh itu saya akan menempah sebanyak 4 pasang baju menggunakan rekaan saya sendiri.

"Saya juga akan memaparkan keperibadian sebenar saya serta berkongsi cerita tentang susah senang saya dengan pendekatan yang tidak membosankan penonton," ujarnya.

Pada konsert tersebut Aznil juga akan menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Toyol, Teramat Sangat, Jangan Cepat Marah serta beberapa lagu popular daripada penyanyi wanita dan muzik-muzik indie.

Selari dengan konsert tersebut, Karnival Hore Hore turut diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Kaunter penjualan tiket boleh didapati di Istana Budaya, Pejabat Ticket2u di Taman Melawati, Hulu Kelang, Triways Travel Network KLCC, Sri Amera Holiday (Shah Alam dan Putrajaya), My Axis Travel (Shah Alam,Kinrara dan Klang) atau layari www.ticket2u.biz.

Untuk pertanyaan mengenai tempahan tiket, sila hubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848.

Tiket dijual dengan harga dari RM15 hingga RM200.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan