'Dilarang Masuk' Dimensi Baru Filem Tempatan

Diterbitkan: Khamis, 27 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon Dilarang Masuk, (dari kiri) Esma Daniel, Azma Aizal Yusoof, Isma Hanum Husein dan Muniff Isa. - Foto The Star oleh ONG SOON HIN
Barisan pelakon Dilarang Masuk, (dari kiri) Esma Daniel, Azma Aizal Yusoof, Isma Hanum Husein dan Muniff Isa. - Foto The Star oleh ONG SOON HIN

KUALA LUMPUR: Filem seram dan ngeri terbaru, Dilarang Masuk (DM) memperlihatkan dimensi baru dalam penerbitan filem tempatan.

Bukan saja berani mempertaruhkan empat muka baru sebagai pelakon utama, malah ia turut menjadi filem pertama di rantau Asia yang dirakamkan dengan menggunakan kamera digital refleksi lensa tunggal (DSLR).

Menurut pengarahnya Jeffrey Chiang, keputusan untuk mempertaruhkan muka-muka baru iaitu Shiqin Kamal, Azma Aizal Yusoof, Isma Hanum Husein dan Muniff Isa itu bertitik-tolak daripada kemahuannya yang mahukan wajah-wajah baru dan segar sebagai penghias filem itu.

Memandangkan penekanan yang dititikberatkan dalam DM adalah pada aspek lakonan dan jalan cerita, maka Jeffrey tidak melihat sebarang masalah atau cabaran di sebalik pemilihan pendatang baru itu sebagai pelakon utama.

"Saya memang mahukan muka-muka baru dan segar untuk keempat-empat watak utama filem ini. Rata-rata mereka semua masih baru dan tidak dibebani oleh pengaruh atau imbasan daripada perwatakan dalam filem-filem lakonan mereka sebelum ini.

"Apa yang ingin ditonjolkan adalah aspek lakonan dan jalan cerita. Sebab itu, saya tidak perlukan nama-nama besar untuk jual filem ini.

"Saya mahu penonton menikmati lakonan yang dipersembahkan menerusi watak-watak tersebut dan bukan kerana nama atau populariti mereka," katanya yang mengambil masa selama setahun setengah untuk melakukan proses pemilihan pelakon menerusi lapan peringkat uji bakat.

Bercerita tentang penggunaan kamera DSLR Canon EOS 5D Mark II sepanjang penggambaran filem itu, Jeffrey berkata, kerjasama dengan pengeluar kamera popular itu terjalin atas dasar untuk memperkembangkan lagi proses pembikinan filem tanah air.

Menjadi filem pertama yang menggunakan teknologi itu di rantau ini, DM yang hanya mengambil masa 16 hari penggambaran itu dirakamkan dengan menggunakan dua unit kamera digital tersebut.

"Filem ini melakar sejarah tersendiri menerusi penggunaan kamera digital itu. Bukan saja ia memudahkan proses penggambaran kerana saiz yang kecil dan ringan, malah harganya juga sangat mampu berbanding kamera lain yang biasa digunakan untuk filem.

"Kualiti filem yang terhasil juga sangat mengagumkan. Memandangkan kami menggunakan dua kamera serentak pada kebanyakan adegan, proses penggambaran juga berjalan lancar dan lebih pendek daripada durasi biasa," katanya.

Mengulas tentang penceritaan DM, Jeffrey berkata, elemen seram dan ngeri yang diangkat sebagai subjek filem itu tidak berbaur sentimen keagamaan atau kepercayaan tradisi masyarakat tertentu seperti kebanyakan filem seram lain.

Sebaliknya, pengarah dari Singapura itu menyuntik elemen seram yang bersifat universal, di mana ia boleh dikaitkan dengan mana-mana kelompok penonton tidak mengira bangsa, latar belakang dan lokasi.

"Aspek seram yang saya terapkan dalam filem ini cukup berbeza. Tiada elemen agama atau unsur kepercayaan tradisi masyarakat tertentu seperti kebiasaan filem-filem seram lain.

"Sebaliknya, ia bersifat universal dan dekat dengan sesiapa saja di dunia ini tidak kira bangsa, agama atau di lokasi mana sekalipun," katanya yang ditemui selepas pelancaran filem itu di Matic, Jalan Ampang, Selasa.

DM yang mengetengahkan isu-isu dalam masyarakat ini menyingkap misteri yang dihadapi empat sekawan iaitu Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie yang buntu menemui jalan pulang.

Dalam usaha mencari jalan keluar, mereka telah menemui sebuah banglo usang yang membawa kepada pelbagai misteri dan rahsia. Persoalan dan misteri silih berganti itu telah menghantui mereka.

Segala rahsia dan misteri rumah itu bakal terungkai apabila filem ini menjengah pawagam pada 7 April depan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan