Anugerah Profima Jadi Kelam Kabut

Diterbitkan: Khamis, 27 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dennis Maglin D’Cruz merasmikan Majlis Anugerah Profima 2010 Foto SHAARI CHE MAT
Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dennis Maglin D’Cruz merasmikan Majlis Anugerah Profima 2010 Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Majlis Anugerah Profima (Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia) 2010 yang berlangsung malam Selasa lalu di Hotel Palaces of The Golden Horses, Kuala Lumpur dilihat seperti kucar-kacir apabila terdapat beberapa kelemahan termasuk kesilapan mengumumkan nama pemenang.

Anugerah itu kelihatan seperti sebuah acara yang tidak profesional apabila pihak penganjur telah mengumumkan Mohd Feroz Abd Kader Saheb sebagai pemenang pengarah Drama Terbaik sedangkan ia menjadi milik Heykal Hanifa menerusi drama Asmara.

Begitu juga kesilapan apabila Edry Abdul Halim disebut sebagai Editor Filem Terbaik tetapi anugerah berkenaan sebenarnya dimiliki oleh Syamsul Yusof untuk filem KL Drift 2.

Sehingga pada penghujung majlis, kesilapan baru disedari oleh Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan meminta ketua juri untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

Selain itu, majlis yang diacarakan oleh Serina Redzuawan, Azrul (Raja Lawak) dan Azhariah Tagaya itu juga agak meleret sehingga mengambil masa tiga jam setengah.

Serina turut tersalah fakta apabila mengumumkan nama Allahyarham Anuar Nor Arai sebagai penerima kategori Tokoh Media sedangkan beliau merupakan pemenang kategori Tokoh Akademik.

Khir yang ditemui selepas majlis tersebut mengakui kesilapan yang berlaku berikutan kekurangan masa untuk melakukan persiapan.

"Saya akui banyak kesilapan dan kekurangan pada majlis ini. Terutama sekali apabila tersilap mengumumkan beberapa nama pemenang.

"Ia disebabkan kelemahan pihak jawatankuasa yang mungkin keliru dengan nama-nama pencalonan. Kami hanya buat raptai sekali sahaja pada petang (Selasa)sehingga banyak masalah teknikal yang tidak sepatutnya berlaku," ujarnya.

Bagaimanapun, Khir memberitahu ia merupakan pengalaman pertamanya menganjurkan majlis anugerah yang masuk kali kelapan itu selepas menerajui persatuan berkenaan.

"Ini adalah pertama kali saya anjurkan anugerah besar seperti ini. Saya akui ia agak sukar. Mungkin tahun hadapan saya akan menyerahkan kepada pengurus acara untuk mengatur majlis dengan lebih sempurna.

"Kelemahan yang berlaku disebabkan masalah tidak cukup sehingga banyak persiapan dibuat dengan tergesa-gesa," katanya.

Namun begitu majlis yang bertujuan menghargai usaha-usaha pekerja belakang tabir tersebut mendapat sambutan memberangsangkan daripada penggiat seni tanah air.

Lebih menarik pentas yang berkonsepkan set penggambaran sebenar itu dianggarkan berharga lebih dari RM3 juta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan