'Magika' Dan 'Sebelum Akhirat' Ungguli Anugerah Profima

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dennis Maglin D’Cruz merasmikan Majlis Anugerah Profima 2010 Foto SHAARI CHE MAT
Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dennis Maglin D’Cruz merasmikan Majlis Anugerah Profima 2010 Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR:Filem Magika arahan Edry Abdul Halim meraih empat anugerah daripada 20 kategori yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Profima 2010 yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses, di sini, Selasa.

Antara anugerah yang dimenangi adalah Anugerah Kesan Visual Terbaik, Audio Terbaik, Kostum Terbaik dan Pengarah Seni Terbaik.

Sementara bagi kategori telefilem Sebelum Akhirat turut merangkul lima anugerah iaitu Penerbit Terbaik, Editor Terbaik, Solekan Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Telefilem Terbaik.

Anugerah Profima yang dahulu dikenali sebagai Anugerah Oskar ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja belakang tabir dan meraikan pencapaian mereka dalam bidang kerja masing-masing.

Acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) ini menyaksikan 62 kategori yang dipertandingkan termasuk sembilan anugerah baru seperti kategori anugerah Ikon Profima, Filem Pendek, Orang Belakang Tabir Veteran, Majalah TV Terbaik dan Kesinambungan Filem.

Dalam pada itu, tiga individu telah terpilih untuk anugerah Tokoh Profima 2010 iaitu penerbit filem Datuk Yusof Haslam, wartawan Ku Seman Ku Hussein dan ahli akademik, Allahyarham Anuar Nor Arai.

Juri profesional dilantik bagi menilai karya yang dipertandingkan terdiri daripada Datuk Shariff Ahmad, Dr Abd Rasid Abd Rahman, Ahmad Ibrahim, Syed Zulkifli Syed Nasir, Akmal Abdullah dan Shah Amirudin Idris.

Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dennis Maglin D’Cruz dan Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan