Dr Murray Dibicara Membunuh Micheal Jackson

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Conrad Murray
Dr Conrad Murray

LOS ANGELES: Doktor peribadi Michael Jackson, Selasa menghadapi tuduhan membunuh Raja Pop dunia, Micheal Jackson kerana memberi ubat penenang dengan dos yang berlebihan.

Dr Conrad Murray, 57, mengaku tindakkannya itu hanya untuk mengubati penyakit insomnia Micheal yang meninggal dunia pada bulan Jun 2009 bakal berhadapan dengan hukuman berat apabila pemeriksaan yang dilakukan mempunyai cukup bukti bagi mendakwanya.

Murray mempunyai kelayakan sebagai seorang doktor di California digantung tugas setelah enam hari sidang pra-penghakiman selepas pihak pendakwaan mendapat bukti dia cuba menyembunyikan perbuatannya memberikan sejenis dadah propofol yang berlebihan.

Doktor berkenaan akan muncul pada Selasa (Rabu pada tarkih Malaysia) di Mahkamah Tinggi Los Angeles secara rasmi untuk mendengar pertuduhan yang dikenakan terhadapnya walaupun dia telah membantah permohonan itu.

Kematian Jackson mengejutkan dunia hiburan dan mencetuskan perdebatan kerana semasa kejadian dia sedang berlatih untuk menyempurnakan sebuah konsert yang "This is It’ tour”. Murray boleh menghadapi hingga empat tahun penjara dan akan kehilangan lesen doktornya jika dia didapati bersalah.

Pasukan pembelanya telah berhujah bahawa Jackson dipercayai membunuh diri pada 25 Jun 2009, dengan mengambil dos tambahan propofol sementara Murray sudah keluar dari bilik.

Pihak pendakwa pula menyatakan bahawa Murray meninggalkan Jackson selepas memberiya propofol di antara pukul 10.40 pagi hingga 11.00 pagi bagi membantu tidur Jackson.

Dia kemudian cuba untuk tidak bertanggungjawab selepas mendapati penyanyi itu mati.

Pada hari terakhir sidang pra-penghakiman, ahli forensik pula mengatakan bahawa kematian Jackson disebabkan pembunuhan kerana keadaan kesihatannya secara umum adalah baik pada hari dia meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles.

Ketua Perubatan Forensik Los Angeles, Christopher Rogers berkata, bintang tersebut meninggal dunia kerana “keracunan akut” akibat pengambilan dadah propofol yang biasanya digunakan sebagai anestetik di hospital.

Dia menggambarkan kematian Jackson disebabkan pembunuhan yang disebabkan oleh Murray kerana penyanyi itu sendiri diberikan dos tambahan propofol manakala doktor itu keluar bilik.

"Berdasarkan rawatan perubatan yang hebat diberikan, saya tetap mengatakan kejadian ini kerana insiden pembunuhan walaupun jika doktor tidak memberikan propofol kepada Jackson," katanya pada minggu kedua dari sidang pra-sidang.

Ketika sidang awal, mahkamah mendengar daripada beberapa orang saksi bahawa Murray turut melengahkan untuk menelefon talian kecemasan 911, selain berusaha menyembunyikan jenis ubat yang telah diberikan kepada penyanyi itu.

Paramedik Martin Blount mengatakan bahawa ketika dia tiba Jackson sebenarnya sudah mati sekurang-kurangnya selama 20 minit.

Seorang penyiasat Elissa Fleak mengatakan dia menemui 12 botol propofol di rumah Jackson setelah dia meninggal dunia sementara seorang ahli farmasi memberitahu dia telah menyediakan sebanyak 255 botol ubat untuk Murray dalam dua bulan sebelum kematian Jackson.

Seorang detektif, Orlando Martinez yang menemu bual Murray dua hari selepas kematian Jackson memberitahu, doktor tersebut mengakui telah memberikan sebanyak 25 miligram dos propofol dan terus memantau keadaan penyanyi itu ketika dia tertidur pada pukul 11 pagi.

Murray mengatakan dia kemudian pergi ke bilik mandi selama dua minit dan terkejut ketika kembali ke bilik Jackson apabila mendapati penyanyi itu sudah tidak bernafas.

"Saya masih ingat Dr Murray mengatakan bahawa perkara itu terjadi ketika beberapa minit dia meninggalkan Jackson," kata Martinez. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan