David Teo Tuntut Presiden Profima Mohon Maaf

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David mahu Khir minta maaf secara terbuka jika ingin produk Mig Production menyertai Anuegrah Profima pada masa akan datang.
David mahu Khir minta maaf secara terbuka jika ingin produk Mig Production menyertai Anuegrah Profima pada masa akan datang.

PETALING JAYA: Penerbit filem David Teo enggan menyertai Anugerah Profima (Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia) yang diadakan Selasa (semalam) kerana berasa terkilan dengan kutukan presiden persatuan itu, Khir Mohd Noor terhadapnya selama ini.

David berkata, Khir sering mengeluarkan kenyataan yang memburukkan produk terbitan syarikatnya, MIG Production sehingga membuatkan dia kurang senang dengan sikap Khir selama ini.

“Kenapa saya perlu menyertai anugerah tersebut sedangkan presidennya tidak pernah menghargai dan menilai karya-karya terbitan produksi kami?

“Dia pernah menuduh karya kami tidak bagus dan menganggap kami kecil serta tidak penting dalam industri ini,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

David berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khir di sebuah akhbar Selasa, yang tidak memperoleh pencalonan dari MIG Production bagi anugerah yang berlangsung malam Selasa di Hotel Palace of the Golden Horses.

Lebih 60 anugerah dipertandingkan membabitkan kerja di balik tabir sesebuah penerbitan.

Sebelum ini Anugerah Profima dikenali sbagai Anugerah Oskar.

David berkata dia tidak akan menyertai sebarang pencalonan dalam anugerah tersebut selagi Khir memegang jawatan presiden Profima.

Malah dia turut meminta agar Khir meminta maaf secara terbuka dan menarik sebarang kenyataannya yang memburukkan produksi dan karya-karya terbitan MIG production selama ini.

“Selagi dia menjadi presiden Profima saya tidak akan beri sebarang kerjasama dengan persatuan tersebut. Jika dia mahu juga memperbaik hubungan dengan saya, dia perlu meminta maaf secara terbuka terhadap kenyataan-kenyataannya sebelum ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, David tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan mahkamah jika presiden persatuan tersebut menyentuh dan membuat kenyataan seumpama itu lagi terhadap produk-produk terbitannya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan