Album Pengguna Dilancar - Berita Hiburan | mStar

Album Pengguna Dilancar

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jins Shamsuddin (tengah) melancarkan album pengguna di Restoran Sri Melayu, Selasa.
Jins Shamsuddin (tengah) melancarkan album pengguna di Restoran Sri Melayu, Selasa.

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan “Kempen Konsumer Kebangsaan”, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah menghasilkan album lagu kepenggunaan yang berjudul Hak & Peranan Pengguna.

Dengan kerjasama Kementerian, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta TopTen Music, album yang dilancarkan oleh Senator Tan Sri Jins Shamsudin itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat tempatan.

Menurut presiden FOMCA, Datuk Marimuthi Nadason, album tersebut sekali gus dapat mendidik masyarakat mengenai hak kepenggunaan dengan penyampaian mesej melalui lirik lagu dengan mudah.

"Lagu-lagu tersebut juga boleh dijadikan sebagai bahan pendidikan di sekolah serta di institusi pengajian tinggi.

"Penerbitan album ini akan menjadi sejarah buat FOMCA kerana ia disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records sebagai album pendidikan kepenggunaan pertama di Malaysia.

"Jika album ini berjaya menarik perhatian masyarakat, ia akan diterbitkan lagi pada tahun depan," katanya pada sidang akhbar pelancaran album Hak & Peranan Pengguna di Restoran Sri Melayu, di sini, Selasa.

Penghasilan lagu pada album yang menelan belanja RM90,000 itu diterbitkan oleh Nasir Ahmad Nawab dan vokalis kumpulan The Girls, Zura.

Ia mengandungi sebanyak 10 buah lagu dan antaranya ialah Perubahan Bermula Dengan Saya, Hak Untuk Berusaha, Hak Untuk Membuat Pilihan, Hak Untuk Mendapat Ganti Rugi, Hak Untuk Mendapat Maklumat serta Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas.

Lagu-lagu tersebut telah dinyanyikan oleh Nassier Wahab, Zura (The Girls), Siti Fairus, Allahyarham Shamrin (Fotograf) dengan gandingan Lah Cecupak, S.Azli, Zul Ghani, Mahat, Angeline Tan dan Rama.

Sementara itu, kata Jins pula, album tersebut juga dapat memberi didikan kepada masyarakat mengenai tabiat pembelian cakera padat (CD) cetak rompak.

"Apabila seseorang itu membeli CD cetak rompak, sebenarnya individu tersebut telah membeli hasil ciptaan seni yang telah dirompak oleh orang yang membuat salinan tersebut.

"Tambah pula kualiti CD itu tidak bagus dan ia mudah rosak. Saya harap album ini boleh mendidik masyarakat menjadi pengguna yang bijak," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2011 turut dilancarkan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan