Dewi Persik Kekok Berduet Dengan Ahmad Dhani

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIDAK sampai sebulan atau dua bulan penyanyi Dewi Persik berduet dengan vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani (gambar), wanita itu mengaku masih kekok untuk muncul di pentas bersama-sama lelaki tersebut.

Mereka berduet menerusi lagu ciptaan Dhani berjudul Diam-Diam. Kebetulan, akhir-akhir ini kedua-duanya jarang muncul membuat persembahan di pentas kerana sibuk dengan tugas.

"Saya rasa bahagia dan bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh Allah yang jarang dilakukan sejak akhir-akhir ini.

"Namun saya tidak menafikan masih kekok untuk berduet dengan Dhani dan akan cuba memberikan penampilan yang terbaik," kata Dewi kepada detikhot pada Isnin.

Bagaimanapun, Dewi mempunyai cara komunikasi yang baik di atas pentas dan menganggap Dhani seperti orang lain dan bukannya bos dalam syarikat pengurusan yang dinaunginya.

"Apabila saya menganggap dia sebagai orang lain, pasti saya akan dapat menjiwai lagu tersebut dengan sebaik mungkin," katanya lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan