Konsert Live Sonu Niigam Mantap

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sonu - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT
Sonu - Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Walaupun tidak sihat, penyanyi Bollywood popular, Sonu Niigam telah berjaya menghiburkan seramai lebih 3500 penonton pada persembahan Sonu Niigam 1Malaysia Live In Concert di Surf Beach, Sunway Lagoon, Sabtu.

Penyanyi yang popular dengan lagu hitsnya menerusi filem-filem Hindi seperti 3 Idiots dan Khabi Kushi Khabi Gham itu gembira kerana kehadirannya disambut baik oleh para penonton yang tidak henti-henti bersorak sambil menyanyi dan menari bersamanya.

Sonu yang sepatutnya mengadakan konsert pada tahun lalu turut meminta maaf terpaksa menunda konsert tersebut kerana mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan.

"Maafkan saya kerana menangguhkan konsert ini. Tapi saya akan memberikan persembahan yang terbaik untuk anda.

"Walaupun saya tidak sihat pagi tadi (Sabtu), kini saya kembali cergas demi anda.

"Bagaimanapun saya ingin berterima kasih kepada anda yang menyokong saya. Ini merupakan kemunculan pertama saya di Malaysia dan saya ingin menghiburkan dengan pelbagai jenis lagu untuk anda," katanya.

Pada konsert tersebut, walaupun kemunculan Sonu lewat setengah jam, penyanyi itu menghiburkan penonton dengan persembahannya yang begitu mantap.

Malah nyanyian dan persembahannya yang lincah itu sikit pun tidak mengganggu vokalnya.

Dalam pada itu, menerusi lagu Soniyoo, Sonu yang diiringi sekumpulan penari lelaki dan wanita, tiba-tiba berhenti menyayi ketika penari lelaki sedang mendukung pasangan mereka, menyebabkan penari itu terpaksa bertahan dan tidak menurunkan pasangan yang didukung itu.

Dengan nada gurauan penyanyi itu berseleroh: "Biarkan mereka (penari) rehat sekejap dan memeluk pasangan masing-masing."

Selepas beberapa lagu, Sonu meminta para penonton untuk ke depan pentas menyanyi dan menari bersamanya.

"Saya mahu anda semua dekat dengan saya. Kepada sekuriti, jangan halang mereka. Saya ingin bersama-sama dengan peminat-peminat saya," ujarnya kepada sekuriti yang cuba menghalang peminat-peminat Sonu mendekatinya.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan penyanyi itu ialah Main Hoon Na, Kal Ho Na Ho, Dil Mangapa Hai Phir Milenge, Chalte Chalte, Zoobi Boobi, Main Agar Kahoon dan Just Chill.

Antara penyanyi undangan yang turut memeriahkan konsert itu ialah Guncan Singh, Charan Singh, kumpulan Goldkartz dan Anuar (penari).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan