Awie, Lat Sama-Sama Rock

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awie
Awie

MEMILIKI penampilan artis rock yang berambut panjang berbadan sasa, pemilihan Awie untuk membawa watak Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat) bagi pementasan teater muzikal Lat Kampung Boy yang akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 16 Mac hingga 3 April ini menjadi tanda tanya kenapa watak tersebut diberikan kepada penyanyi itu?

Kalau dilihat kepada personaliti Lat sendiri yang bertubuh agak gempal selain memiliki rambut pendek, watak kartunis itu ternyata berbeza jika dibandingkan dengan diri Awie.

Bagaimanapun, penerbitnya, Hans Isaac dari syarikat produksi Tall Order Production (TOP), memilih Awie bagi memegang peranan itu berbanding artis lain seperti Afdlin Shauki, mahupun pelakon-pelakon berbadan besar yang lain.

Kata Awie, dia difahamkan bahawa Lat seorang lelaki yang berimej rock serta memiliki rambut panjang pada zaman remajanya dahulu. Mungkin kerana imej yang sama-sama menyukai rock itu maka Awie adalah individu yang dilihat sesuai memegang watak berkenaan.

“Pada mulanya, saya sendiri tertanya-tanya apa sebab mereka pilih saya menjadi Datuk Lat? Sampaikan mereka sanggup memberikan wang deposit kepada saya pada Oktober tahun lalu agar saya tidak mengambil tawaran lain.

“Apabila sampai ke tahap itu, saya rasa terharu kerana diberi pengiktirafan sedemikian. Lebih-lebih lagi saya mendapat watak seorang kartunis hebat di negara kita.

“Cuma saya perlu mengkaji personaliti Datuk Lat secara lebih mendalam dan mula membaca komik-komik yang dihasilkannya sebelum ini,” katanya.

Tambah Awie, kehadiran Datuk Lat pada sidang akhbar teater muzikal tersebut di Istana Budaya baru-baru ini turut memberi kesempatan kepadanya mengkaji watak kartunis itu dari segi pertuturan serta pergerakan tubuhnya.

Dalam pada itu dia turut merujuk perwatakan Lat daripada adiknya sendiri iaitu pengarah filem Mamat Khalid kerana gaya personaliti kedua-dua beradik itu adalah sama.

“Berdasarkan pandangan pertama saya terhadap watak Datuk Lat dan Mamat, setiap pergerakan serta pertuturan mereka adalah sama.

“Memandangkan saya tidak dapat meluangkan masa bersama Datuk Lat di Ipoh, Perak, Mamat adalah rujukan paling dekat saya.

“Ini kerana cara dia (Datuk Lat) bersalam dan bercakap sama seperti Mamat. Bagaimanapun saya akan cuba cari peluang untuk meluangkan masa dengannya.

“Selain itu, saya juga akan mengasah kembali kemahiran melukis yang pernah saya tinggalkan dahulu untuk mendapatkan penghayatan lebih dalam watak ini,” tuturnya.

Ujarnya lagi, walaupun sudah sebati dengan bidang lakonan, Awie menganggap watak tersebut satu tanggungjawab yang berat kerana dia menjadi tunjang keberkesanan teater itu nanti.

Antara pelakon yang bakal menyertai pementasan Lat Kampung Boy ialah Atilia (Faizah - isteri Lat), Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat) dan Sandra sebagai Mrs Hu. Tiket berharga dari RM30 hingga RM230 boleh dibeli menerusi laman web Ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan