Showdown 2011 Kembali April Ini

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rancangan realiti yang dinanti-nantikan kini kembali! Sekali lagi kerancakan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang bakal diadakan di beberapa lokasi di Malaysia.

SHOWDOWN 2011 yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari krew terbaik!

Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke satu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini. Tarian jalanan seharusnya menerima penghormatan dan perhatian setaraf dengan tarian-tarian lain seperti ‘ballroom dancing’ dan juga tarian tradisional.

Mereka yang berjaya melepasi sesi ujibakat pada minggu lalu berpeluang ke peringkat ‘Battle’ di Tingkat 4, Tempat Letak Kereta Terbuka, BB Plaza Kuala Lumpur pada hari ini (23 Januari 2011) bermula pukul 12 tengahari.

Sesi ‘battle’ ini akan menyaksikan kru-kru ini menentang antara satu sama lain dan mereka yang memenangi pusingan ‘Battle’ akan mara ke peringkat seterusnya dalam sesi ‘Meltdown’.

Apa yang lebih menarik, persembahan hebat dari MC Vandall akan memeriahkan sesi ‘Battle’ SHOWDOWN 2011. Bagi yang mahu mengetahui dan belajar tentang Bboy, 'street dance' dan mempelajari seni tari, jangan ketinggalan untuk menyaksikan bengkel khas oleh Giller Battle Crew dan Floor Fever.

Pada penghujung ujibakat tersebut, hanya kumpulan terbaik sahaja akan dipilih ke peringkat ‘Dance Off’ di mana kesemua kru-kru ini akan membuat persembahan secara langsung setiap minggu dan di sinilah bermulanya proses penyingkiran mingguan.

Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir, pusingan penentuan yang dipanggil ‘Dance Off’ dibuat pada setiap minggu dan diakhir rancangan 4 kumpulan penari yang memperolehi markah yang terendah akan bertanding sekali lagi sesama mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

Setiap minggu, empat krew yang mempunyai undi terendah akan beradu sesama sendiri untuk meneruskan lagi cabaran. Empat krew yang terakhir akan ke peringkat terakhir iaitu “Final Showdown” dimana mereka akan membuktikan kebolehan mereka untuk memikat hati penonton dan juga para juri untuk di nobatkan sebagai kru tarian yang terbaik.

Antara panel juri yang hadir ialah penyanyi rap, Joe Flizzow dan penari, Maple Loo. SHOWDOWN 2011 juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini.

Menurut Pengurus Besar 8TV Lam Swee Kim, Budaya ‘street dance’ dan juga hip hop tempatan kini telah berkembang pesat dan ia boleh dilihat dengan jelas pada bakat peserta-peserta dalam SHOWDOWN 2011.

“SHOWDOWN 2011 merupakan sebuah program untuk mencari kru penari terbaik di Malaysia. Rancangan ini telah melahirkan bakat-bakat muda dan kesemua mereka mendapat pendedahan yang baik dalam program ini

“Rancangan ini telah melahirkan ramai penari berbakat dan mereka juga lebih dikenali semenjak pembabitan mereka dalam program ini. Jadi apa yang anda tunggu lagi, datang beramai-ramai ke ujibakat SHOWDOWN 2011 dan anda mungkin bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang RM50,000," katanya. SHOWDOWN 2011 akan ditayangkan bermula pada 6 April 2011, setiap Rabu jam 9.30 malam, hanya di 8TV.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan kumpulan kegemaran anda serta episod kegemaran anda di www.facebook.com/8TV showdown 2010.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan