Tak Hadir Nikah, Rita Rudaini Kurang Sihat - Aidil Zafuan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

ALOR SETAR: Aidil Zafuan Abdul Radzak, suami aktres Rita Rudaini Mokhtar memberitahu isterinya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Zaquan Adha dengan pelakon Ayu Raudhah, Jumaat, kerana tidak sihat.

Aidil berkata, Rita sekarang sedang mengandung lima bulan menyebabkan keadaan kesihatannya sering terganggu.

"Saya ada mengajak isteri datang ke majlis ini tetapi Rita tidak sihat. Jadi, dia tidak dapat datang bersama dengan saya dan berada di Kuala Lumpur.

"Insya Allah, dia akan turut serta dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini," kata Aidil kepada pemberita selepas majlis akad nikah kembarnya Zaquan Adha di sini, Jumaat.

Zaquan diijabkabulkan dengan aktres Ayu Raudhah pada Jumaat di Masjid Sultanah Bahiyah.

"Saya tumpang gembira dengan majlis perkahwinan Zaquan dan semoga dia menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

"Selepas ini tanggungjawabnya lebih besar dan berharap agar dia menjaga keluarganya dengan baik," ujarnya Aidil lagi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan