Iqbal (Pilih Kasih) Disuruh Turunkan Berat Badan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqbal (Pilih Kasih)
Iqbal (Pilih Kasih)

CHERAS: Pelakon Iqbal (Pilih Kasih) terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram bagi mendapatkan berat badan ideal untuk melakonkan watak seorang komando dalam drama Beret Hijau.

Dia yang mempunyai berat badan 63 kilogram telah diminta oleh pengarah drama tersebut, Along Kamaruddin agar mengurangkan lagi berat badannya untuk kelihatan seperti seorang tentera.

“Bagi melakonkan watak Haziq dalam drama Berek Hijau saya terpaksa berusaha keras untuk kurangkan lagi berat badan.

"Saya banyak melakukan senaman dan diet untuk mencapai berat badan yang dimahukan pengarah dalam tempoh yang singkat.

“Masa terima tawaran ini, Along beritahu jika saya inginkan watak ini saya perlu nampak lebih kurus,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Berek Hijau di Bidor Kopitiam, di sini Khamis.

Dalam pada itu, Iqbal memberitahu teruja dengan watak tersebut dan menganggap itu satu cabaran kepadanya bergelar pelakon.

“Saya tak sangka dipilih menjadi teraju utama dalam drama ini, memang pada awalnya saya juga terkejut kerana watak tentera agak tidak sesuai dengan saya.

“Beberapa kali saya tanya kepada pengarah sama ada pilihan mereka tepat atau tidak sebab kebiasaannya komando dibayangkan seorang yang gagah dan bermuka ganas, namun mereka tetap juga memberi kepercayaan kepada saya,” katanya.

Kata Iqbal, bagi melakonkan watak tersebut dengan baik, dia banyak membuat kajian tentang beberapa filem dan drama peperangan.

“Ini kali pertama saya bawa watak aksi dan mencabar seperti ini. Saya tahu ia adalah peluang terbaik untuk menonjolkan bakat saya.

“Oleh itu sebelum mula penggambaran hingga sekarang saya masih membuat kajian melalui drama dan filem luar negara,” katanya.

Dalam drama berkenaan Iqbal akan melakonkan watak Haziq iaitu seorang graduan lulusan undang-undang yang tidak mendapat pekerjaan dan akhirnya memilih bidang ketenteraan sebagai kerjayanya.

Drama bersiri Beret Hijau dijangka akan ditayangkan ada Julai ini sempena Hari Pahlawan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan