Ratusan Wanita Berjilbab Hadiri Perbicaraan Ariel

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERBICARAAN kes video lucah penyanyi Ariel (gambar) selalu dipenuhi dengan kehadiran pihak yang ingin melakukan penunjuk perasaan. Kira-kira ratusan wanita hadir ke mahkamah dengan berjilbab turut tidak melepaskan peluang menyertai perbicaraan Ariel.

Menurut portal detikhot, sejak pagi Khamis, perkarangan depan Mahkamah Negeri Bandung, Jl LRE Martadinata sudah dipenuhi penunjuk perasaan. Mereka dengan lantang berteriak menuntut agar menjatuhkan hukuman kepada Ariel seberat-beratnya.

Tidak ketinggalan, ada juga di kalangan mereka yang berasal dari pelbagai latar belakang sambil membawa poster meluahkan perasaan marah. Polis mengawal ketat di kawasan demonstrasi itu.

Pada perbicaraan sebelumnya, pembelaan Ariel ditolak mentah-mentah oleh Hakim. Hakim memutuskan untuk memenjarakan Ariel dengan hukuman lima tahun penjara dan denda $250 juta rupiah (RM84,485)

Menurut koordinator demonstrasi itu, selepas ini akan ada ratusan orang lagi yang akan memenuhi perkarangan mahkamah itu. Mereka ingin memperjuangkan agar Ariel dihukum berat sebagai pelaku pornografi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan