'Raja Lawak' Lesen Jadi Penyanyi - Azrul

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azrul meluaskan kerjayanya dalam bidang nyanyian.
Azrul meluaskan kerjayanya dalam bidang nyanyian.

PETALING JAYA: Pengacara Azrul (Raja Lawak), 36, mengakui mengambil kesempatan dengan menjadikan program Raja Lawak sebagai platform untuk bergelar seorang penyanyi.

Biarpun belum dikenali sepenuhnya dalam industri ini, ironinya pemilik nama Azrul Zaidi dari kumpulan Cham yang mendapat tempat kedua dalam Raja Lawak musim kedua ini sudah mengembangkan kariernya sebagai pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara.

Lantas, dia tidak pernah patah semangat untuk merealisasikan impiannya demi menjadi seorang penghibur serba boleh.

Lebih menarik, dia turut membuka syarikat pengurusan acara sendiri iaitu Freelance Entertainment Enterprise yang diuruskan bersama-sama isterinya, Raja Norshafinaz Raja Mokhtar, 34.

“Sejujurnya, saya menjadikan program Raja Lawak sebagai lesen untuk dikenali sebagai penyanyi. Sebelum ini, saya banyak menyanyi di tapak pesta Pulau Pinang.

“Sebelum menyertai Raja Lawak musim kedua, saya pernah menubuhkan kumpulan muzik dan menjadi finalis pertandingan Asia Bagus 1995. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu.

“Selain itu, saya turut memasuki pertandingan Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan utara pada 1996 dan dipilih sebagai naib juara,” katanya kepada mStar Online.

Azrul bukan sahaja meminati bidang nyanyian, malah dia turut menceburi bidang penciptaan lagu.

“Saya telah bergelar komposer sejak tahun 2009 dan dalam diam-diam berjaya mengumpul 10 buah lagu. Saya mendapatkan bantuan Along (Exist) sebagai penyusun lagu.

“Saya baru sahaja menghasilkan single terbaru berjudul Cerita Kita sejak Disember lalu,” katanya yang menggunakan modal sebanyak RM4,000 untuk menerbitkan sebuah lagu.

Bercerita tentang perkembangan lain, Azrul juga merupakan pengacara di Astro Mustika dan membintangi sitkom berjudul TakuTV di Astro Warna (saluran 132) serta sitkom FaSoLaTiDo di RTM.

Selain itu, dia banyak menjayakan majlis makan malam korporat sebagai pengacara majlis sejak tahun 1994.

Menyentuh tentang kehidupannya, selepas berkahwin dengan Raja Norshafinaz, dia dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Dayana Batrisyia, 6, Nur Qistina Batrisyia, 4, Muhammad Aliff Zaidi, 3, dan Muhammad Danish Zaidi, 2.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan