'Beret Hijau' Tonjol Kehebatan Tentera

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Inilah muka-muka baru membarisi 'Beret Hijau'.
Inilah muka-muka baru membarisi 'Beret Hijau'.

CHERAS: Bertujuan memberi kesedaran kepada anak muda untuk menyertai pasukan tentera, Global Network Entertainment menerbitkan sebuah drama bercorak ketenteraan berjudul Beret Hijau.

Drama 13 episod ini akan memaparkan cara hidup seharian yang dijalani oleh anggota tentera.

Menurut penerbitnya, Din Wahab, lebih istimewa drama yang mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia itui akan menggunakan peralatan dan senjata sebenar yang digunakan pasukan tentera.

"Drama ini akan menonjolkan kehebatan tentera darat dan pasukan komando. Kita juga akan menampilkan aksi -aksi ngeri yang sinonim dengan pasukan pakaian seragam ini.

"Ia juga bakal menampilkan lebih 200 pelakon termasuk anggota tentera yang turut membantu menjayakan adegan peperangan," katanya pada sidang media Majlis Perlancaran Drama Beret Hijau, di sini, Khamis.

Ia dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihiburkan dengan persembahan nyanyian Ana Raffali, 6ixth Sen, dan Azam Pitt.

Dalam pada itu, penggambaran yang sudah dimulakan pada 12 Januari lalu dijangka tamat pada 27 Januari ini. Ia bakal ditayangkan sempena Hari Pahlawan iaitu Julai ini di RTM 1.

Pengarahnya, Along Kamaruddin berkata, cabaran utama mengarahkan drama itu ketika melakukan adegan peperangan dengan menggunakan senjata sebenar dan peluru hidup.

"Kita ada adegan perang dan letupan, yang mana ia memerlukan kemahiran dari tentera kerana agak bahaya, namun kita akan utamakan keselamatan pelakon terlebih dahulu.

"Dari pengalaman lalu mengarahkan drama peperangan ini, ia akan mengambil masa agak panjang untuk satu babak," jelasnya.

Mengenai barisan pelakon Along memberitahu pemilihan merekan terdiri daripada bakat-bakat baru yang bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan kebolehan masing-masing.

"Kita memilih muka-muka baru kerana memberi peluang kepada mereka untuk tonjolkan bakat yang ada. Tapi saya percaya mereka mampu membawa watak-watak yang diberikan," katanya.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Iqbal (Pilih Kasih), Azie Yahya, Chomell Fana, Hasnul Rahmad, Hairi (Anak Wayang) dan ramai lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan