Pelakon Korea, Jang Hyuk Jiwai Watak Peguam

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
- Foto THE STAR Oleh RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Artis Korea, Jang Hyuk tampil menemui para peminatnya di Hotel Ritz Carlton di sini, Selasa bagi mempromosikan drama siri terbarunya Midas.

Dalam drama itu, Jang Hyuk memegang watak Dohyun iaitu seorang peguam yang bijak tetapi tidak bercita-cita tinggi.

Jang Hyuk berkata, untuk menjiwai watak peguam, dia banyak membuat penyelidikan serta bertanya kepada peguam-peguam profesional.

Katanya, dia juga cuba menyanyi dalam drama tersebut walaupun pada dasarnya dia merupakan seorang pelakon dan bukannya penyanyi.

"Namun, saya teruja berlakon dan bekerjasama dengan kru produksi, pelakon lain dan sebagainya. Saya berharap kalian dapat bersama-sama merasai kegembiraan dan keterujaan saya," katanya semasa pelancaran Midas di Hotel Ritz Carlton di sini.

Jang Hyuk atau nama sebenarnya, Jung Yong Joon berada di Malaysia selama sehari selepas melakukan promosi yang sama di Singapura, Isnin lalu.

Di Malaysia, pelakon yang pernah membintangi drama Model (1997), filem Volcano High (2001) dan Dance of the Dragon (2007) itu berkata dia dapat merasai kehangatan layanan para peminatnya di negara ini.

"Saya dengar Malaysia mempunyai banyak makanan yang sedap-sedap belaka. Saya berharap dapat merasainya apabila kembali ke negara ini satu hari nanti," katanya yang menggemari durian.

Sekembalinya ke Korea, Jang Hyuk akan meneruskan penggambaran drama bersiri tersebut.

Drama Midas akan keudara di saluran ONE HD - saluran berdefinisi tinggi di Astro, pada 23 Mac ini iaitu beberapa minggu selepas ditayangkan buat pertama kali di Korea.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan