Hasrat Julia Ziegler Untuk Kelihatan Baik Berkecai

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Julia Ziegler (gambar) menganggap rancangannya untuk dikenali dengan watak baik tidak menjadi apabila drama Qasidah Buat Laila disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada Disember dan Januari lalu.

Walaupun drama tersebut telah lama dilakonkannya iaitu kira-kira dua tahun lalu, namun Julia tidak menyangka watak lakonannya sebagai penggoda bernama Nabila mampu memberikan kesan kepada penonton.

Malah ada yang berpendapat penampilan Julia dalam drama itu agak seksi dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

“Ramai penonton yang membenci saya selepas menonton karakter jahat itu dalam drama Qasidah Buat Laila. Tetapi watak itu telah lama dilakonkan oleh saya iaitu sebelum filem Jangan Tegur lagi.

“Tahun lalu saya melakonkan karakter wanita baik dan bertudung menerusi drama Tudung Ekspress. Jadi saya ingatkan boleh kekalkan dengan watak baik selepas ini tetapi setelah siaran drama itu, rancangan saya gagal. Bagaimanapun, saya tak menyalahkan pihak stesen televisyen tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Jelasnya lagi, mungkin kerana wajahnya sukar untuk dikategorikan sebagai wajah orang baik-baik, jadi sebab itu penonton melabelkan dirinya jahat.

“Saya rasa tak adil jika orang mengatakan muka seperti saya sesuai memegang watak jahat. Jadi sebab itu saya susah hendak mendapat karakter baik.

“Ikutkan isu ini sudah lama berlaku dan saya ingat lagi orang kata muka kacukan dan tinggi seperti saya senang dapat watak, sedangkan hakikatnya tidak.

“Jadi, saya tidak bersetuju dan agak kecewa dengan pendapat seperti itu kerana saya terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan tawaran berlakon,” katanya yang bakal muncul dalam telefilem Diari Seorang Mualaf.

Untuk memenuhi karakternya sebagai mualaf, Julia perlu mewarnakan rambutnya kepada warna perang.

Ditanya tentang keinginannya selepas ini, Julia yang turut muncul dalam drama Awan Dania musim ketiga sebagai pelakon undangan berhasrat untuk memegang watak wanita India atau Cina agar dapat memvariasikan lakonannya.

Selain itu, dia merancang untuk mengerjakan ibadat umrah di Mekah dengan ibunya pada tahun ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan