Tukang Masak 'Jaguh Kampung' Dicari

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nizam Sani. Gambar: Utusan Malaysia
Nizam Sani. Gambar: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Astro Prima sedang mencari individu yang berbakat dan boleh memasak bagi menyertai rancangan realiti terbaru berjudul Jaguh Kampung yang dijangka mula bersiaran menerusi saluran itu pada hujung Mac ini.

Pengurus Saluran Astro Prima dan Warna, Nizam Sani berkata, pihaknya membuka penyertaan kepada individu berusia antara 18 hingga 70 tahun yang mempunyai karakter serta boleh memasak apa juga makanan.

“Setiap kumpulan hendaklah dianggotai oleh tiga orang. Mereka akan dinilai kebolehan masing-masing semasa uji bakat yang dilakukan di beberapa lokasi.

"Penyertaan boleh juga melibatkan ahli keluarga ataupun rakan-rakan,” katanya kepada mStar Online pada satu majlis minum petang di Mid Valley di sini, Selasa.

Menurut Nizam, rancangan terbaru yang menyediakan hadiah berupa wang tunai RM30,000 kepada juara ini bertujuan mempelbagaikan program melibatkan orang ramai menerusi saluran itu.

Ujarnya, menerusi Jaguh Kampung itu, penonton boleh melihat kepelbagaian makanan di negara ini yang mungkin tidak pernah terdapat di tempat masing-masing.

Bagi menyertainya, Astro Prima akan mengadakan uji bakat di beberapa lokasi dan mereka yang berminat boleh membawa makanan masing-masing yang telah dimasak di rumah.

Dalam sesi itu pihaknya akan menyediakan chef profesional bagi merasai makanan tersebut selain mengenal pasti adakah makanan berkenaan benar-benar dimasak oleh peserta berkenaan dalam sesi temu duga yang dijalankan.

Katanya, peserta juga akan dinilai dari segi keletah berinteraksi di hadapan kamera bagi memastikan program itu benar-benar ‘hidup'.

“Pihak kami tak mahu mencari orang yang pandai masak sahaja tetapi tidak ada karakter sebaliknya kami mahu kedua-duanya sekali.

"Cabarannya nanti mereka harus menyiapkan makanan dalam tempoh 60 minit sahaja berdasarkan beberapa kriteria seperti persembahan hidangan, ramuan dan keenakan rasa,” katanya

Nizam memberitahu, program yang diterbitkan sebanyak 16 episod itu akan menyaksikan kehebatan peserta di setiap zon sebelum dua kumpulan akan dipilih pada peringkat akhir.

Kaunter pendaftaran untuk sesi uji bakat ini di buka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang melibatkan lokasi-lokasi berikut:

29 Januari: - Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor. - De Palma Inn, Kuala Selangor, Sleangor.

30 Januari: - Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka. - Desa Inn, Kuala Pilah, Negeri sembilan.

4 Februari: - Hotel UiTM Dungun, Terengganu. - Sungai Petani Inn Hotel, Kedah.

5 Februari: - Inderapura Country Resort, Kompleks Taman Bandar, pekan, Pahang. - Perak Riverside Resort, Kuala Kangsar.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan