Diana Amir Tidak Suka Watak Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farid Kamil dan Diana Amir
Farid Kamil dan Diana Amir

SUBANG JAYA: Pelakon Diana Amir mengaku tidak menyukai wataknya dalam filem aksi komedi baru arahan Farid Kamil berjudul Petiga.

Menurut Diana, watak sebagai Lina dalam filem tersebut tidak menonjolkan kemampuannya sebagai seorang pelakon yang boleh melakonkan adegan aksi.

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada pelakon filem aksi ini tetapi malangnya adegan saya hanya biasa-biasa sahaja.

“Saya tidak berapa gemar semasa melihat skrip awal yang diberikan dan sudah memujuk Farid agar mengubah sedikit jalan cerita supaya dia dapat melibatkan saya dengan adegan aksi yang ditonjolkan dalam filem itu,” katanya.

Jelas Diana, sebagai pelakon dia mahu bakatnya dicuba dengan pelbagai watak, malah dia akui mahu melakukan aksi lagak ngeri jika diberi peluang.

“Walaupun orang lihat saya lembut tapi saya sebenarnya sukakan cabaran. Kalau boleh saya nak lakonkan watak-watak aksi ngeri sendiri.

“Saya pernah minta produser David Teo untuk watak itu tapi dia kata orang lelaki tidak suka melihat wanita lasak,” ujarnya sambil ketawa.

Dalam filem tersebut Diana akan memegang watak Lina iaitu adik kepada Megat lakonan Farid Kamil yang tidak tahu akan kegiatan jahat abangnya itu.

Dia akan berkahwin dengan Fumi lakonan Kamal Adli yang juga ahli kumpulan rompakan tersebut. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut itu ialah Farid Kamil, Kamal Adli, Along Eyzendi dan Taiyuddin Bakar.

Filem terbitan MIG Production Sdn Bhd ini dijangka menemui penonton pada Mei ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perkembangan lain, Diana memberitahu dia kini baru sahaja menamatkan penggambaran filem berjudul 3,2,1 Cinta.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan