Awie Mahu Terbit Filem Silat

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Awie
Awie

PETALING JAYA: Pelakon Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, bakal menerbitkan filem pertamanya bertemakan seni mempertahankan diri iaitu silat pada tahun ini.

Menurut Awie, dia sudah bersiap sedia mengikut jejak langkah rakan-rakannya seperti Hans Isaac dan Afdlin Shauki untuk mencuba bidang penerbitan pula.

"Saya ingin memartabatkan seni silat Melayu di negara kita. Ramai yang anggap silat adalah sebuah seni yang remeh sedangkan kita berjaya menjadi juara dunia sebanyak tujuh kali kerana silat.

"Saya ingin tonjolkan erti silat secara lebih mendalam. Ramai yang tidak sedar dengan silatlah sedangkan seni itu boleh mengajar kita cara untuk menghormati orang lain, bersabar dan berfikir secara positif.

"Bagaimanapun masih terlalu awal lagi untuk saya ceritakan tentang penerbitan filem ini kerana ia masih lagi di bawah pra produksi," katanya.

Tambah Awie, buat masa ini dia sedang memilih lokasi penggambaran yang sesuai mengikut skrip yang dihasilkan.

Filem tersebut akan dibintangi oleh pelakon-pelakon baru dan tidak akan membabitkan pelakon-pelakon popular.

Sementara itu, Awie kini turut sibuk dengan latihan teater yang dibintanginya dengan membawakan watak Lat (Datuk Mohd Nor Khalid) menerusi teater muzikal LAT Kampung Boy yang akan dipentaskan pada 16 Mac nanti.

Dalam pada itu, Awie yang juga merupakan vokalis kumpulan Wings sedang merancang mengadakan konsert jelajah solo Wings di seluruh Malaysia dan beberapa buah negara Eropah.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan