'The Social Network' Rangkul Filem Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Terbaik The Social Network, David Fincher
Pengarah Terbaik The Social Network, David Fincher

BEVERLY HILLS: Filem The Social Network dipilih sebagai filem terbaik dalam Golden Globe ke 68 yang diumumkan Ahad (Isnin waktu Malaysia) dengan merangkul empat anugerah iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Skor Asal Terbaik.

Pengarah filem itu David Fincherturut mengetepikan Darren Aronofsky (Black Swan), Tom Hooper (The King’s Speech), Christopher Nolan (Inception) dan David O. Russell (The Fighter).

Selain itu, filem mengenai Facebook itu turut membawa pulang anugerah Lakon Layar Terbaik (Aaron Sorkin) dan Skor Muzik Terbaik untuk Trent Reznor & Atticus Ross.

Justeru itu, Filem tersebut juga sebagai calon pendahulu persaingan merebut Anugerah Oskar yang bakal diumumkan Februari depan.

Filem kegemaran pengkritik, The King’s Speech dan Black Swan dilihat sebagai gagal mengetepikan fenomena yang dicetuskan oleh filem The Social Network. The King’s Speech hanya membawa pulang Pelakon Lelaki Terbaik untuk Colin Firth. Manakala Black Swan membawa pulang Pelakon Wanita Terbaik untuk Natalie Portman.

Sementara itu, Filem Terbaik Muzikal/Komedi dimenangi The Kids Are All Right, Pelakon Lelaki Terbaik Muzikal/Komedi dimenangi Paul Giamatti (Barney’s Version) dan Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi dimenangi Annette Bening menerusi The Kids Are All Right.

Filem animasi kegemaran ramai, Toy Story 3 memenangi Filem Animasi Terbaik dan filem In A Better World dari Denmark memenangi Filem Bahasa Asing Terbaik.

Majlis Anugerah Golden Globe turut mengiktiraf usaha pelakon Roboert De Niro untuk anugerah khas Cecile B. DeMille.

Di majlis yang sama, drama muzikal bersiri, Glee sekali lagi dinobatkan sebagai Siri Televisyen Terbaik Komedi/Muzikal. Dua pelakon dari siri tersebut, Jane Lynch dan Chris Colfer masing-masing memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik (TV). Siri Televisyen Terbaik Drama dimenangi Boardwalk Empire dan Pelakon Lelaki Terbaik (TV) untuk Steve Buscemi.

Majlis Anugerah Golden Globe ke 68 disiarkan secara langsung ke seluruh dunia menerusi saluran Star World.

Ini adalah senarai pemenang Anugerah Golden Globe:

KATEGORI FILEM:

Filem Terbaik: THE SOCIAL NETWORK

Filem Komedi Terbaik: THE KIDS ARE ALL RIGHT

Pengarah Terbaik: David Fincher - THE SOCIAL NETWORK

Aktor Terbaik (Filem): Colin Firth - THE KING’S SPEECH

Aktres Terbaik (Filem): Natalie Portman - BLACK SWAN

Aktor Terbaik Komedi atau Muzikal: Annette Bening – THE KIDS ARE ALL RIGHT

Aktres Terbaik Komedi/Muzikal: Paul Giamatti – BARNEY’S VERSION

Aktor Pembantu Terbaik (Filem): Christion Bale – THE FIGHTER

Aktres Pembantu Terbaik: Melissa Leo – THE FIGHTER

Filem Animasi Cereka Terbaik: TOY STORY 3

Filem Asing Terbaik: IN A BETTER WORLD

Lakon Layar Terbaik: Aaron Sorkin - THE SOCIAL NETWORK

Skor Asal Terbaik: THE SOCIAL NETWORK

Lagu Asal Terbaik: You Haven’t Seen the Last of Me - BURLESQUE

KATEGORI TELEVISYEN:

Drama Siri Terbaik: Broadwalk Empire-HBO

Komedi Bersiri Terbaik: Steve Buscemi – BOARDWALK EMPIRE

Aktor Terbaik (Drama Bersiri): Katey Sagal- SONS OF ANARCHY

Aktres Terbaik (Drama Bersiri): GLEE

Aktor Terbaik Siri Komedi: Jim Parsons -THE BIG BANG THEORY

Aktres Terbaik Siri Komedi: Laura Linney – THE BIG C

Siri Mini/Telefilem: Carlos –SUNDANCE CHANNEL

Aktor Terbaik Siri Mini/Telefilem: Claire Danes – TEMPLE GRANDIN

Aktres Terbaik Siri Mini/Telefilem: Al Pacino – YOU DON’T KNOW JACK

Aktor Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: Chris Colfer-GLEE

Aktres Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: Jane Lynch – GLEE

PENGHARGAAN KHAS: Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Robert De Niro

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan