Petua Iqram Dinzly Elak Nampak Tua

Diterbitkan: Isnin, 17 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Iqram pentingkan penjagaan wajah seperti wanita. - Foto AZLINA ABDULLAH
Iqram pentingkan penjagaan wajah seperti wanita. - Foto AZLINA ABDULLAH

SIAPA kata lelaki masa kini tidak mementingkan penjagaan kulit muka? Alasan tersebut sebenarnya sudah lapuk kerana lelaki juga mahukan wajah yang bersih dan sempurna seperti wanita.

Bagi pelakon Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Iqram Dinzly, 30, dia mengaku begitu pentingkan penjagaan kulit muka sehingga tidak membenarkan jurusolek menyentuh mukanya bagi menyapukan bedak.

Sebab itu, sebelum berlakon, pelakon drama Sakti Delima dan Ayoub ini akan mengenakan solekan dengan menggunakan produk pilihan sendiri.

Apabila mendengar cerita Iqram, tidak dinafikan dia memang menjaga kulit mukanya seperti wanita dan kadangkala lebih bagus daripada wanita.

“Saya mengamalkan produk penjagaan kulit Dr Murad, bedak kompak M.A.C dan penyegar mata Loreal. Untuk penjagaan badan, saya mengambil susu Alpha Lipid Lifeline, suplemen diet Usana manakala syampu Shiseido untuk rambut.

“Dari kecil, saya tidak boleh menggunakan sabun badan ketul biasa melainkan sabun susu kambing atau sabun cecair Baby Johnson kerana badan saya mudah alergik dan gatal jika tersilap sabun.

“Saya juga membuat rawatan muka pada setiap dua kali sebulan di DnT Salon, Kuala Lumpur.

“Saya tak mahu nampak cepat tua. Jadi selain daripada produk penjagaan kulit, saya juga mengamalkan amalan tradisional yang diturunkan oleh orang dulu dulu. Saya mementingkan penjagaan diri sejak kecil lagi kerana telah biasa diajar oleh mak saya,” katanya kepada Mingguan mStar.

Apabila mempunyai masa lapang, Iqram gemar mempraktikkan amalan tradisional seperti menampal muka dan menggosok rambut dengan mayonis, membuat topeng muka menggunakan pokok lidah buaya, telur dan beras.

Namun begitu, dia enggan dilabel seorang yang cerewet sebaliknya menitikberatkan penjagaan kulit agar menjadi sentiasa bersih dan tampak muda.

Jari jadi sikat

Biarpun suka berpakaian kemas, Iqram sebenarnya tidak pernah menggunakan sikat rambut sejak di bangku sekolah menengah. Katanya, dia tidak suka tampak rambut terlalu rapi dan hanya menggunakan jari sebagai sikat.

Jika meneliti rutinnya setiap hari, Iqram mengamalkan air mineral, susu dan suplemen setiap pagi. Selain itu, dia turut minum madu lebah, jus oren, makan buah-buahan dan nestum.

“Saya jarang makan sarapan pagi dengan makanan berat kerana tidak mahu merosakkan perut. Saya juga mengelak minuman sejuk, berkarbonat, kopi, teh tarik dan susu berkrim sebaliknya banyak minum air suam dan jus buah-buahan.

“Jika makan nasi, saya akan mengambil pada kadar suku pinggan dan pengambilan lauk-pauk diamalkan mengikut piramid makanan.

“Cukuplah dengan nasi, telur goreng, mentega, kicap cair dan ulam,” katanya yang mengamalkan corak pemakanan seperti itu sejak kecil.

Pakaian LORD’S TAILOR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan