Tony Eusoff Ada Cara Elak Membazir

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tony Eusoff (tiga dari kiri) dan Datuk Bakaruddin Othman (empat dari kiri) ketika majlis pelancaran kempen kehijauan Kuala Lumpur di Hotel Federal, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto oleh KEVIN TAN
Tony Eusoff (tiga dari kiri) dan Datuk Bakaruddin Othman (empat dari kiri) ketika majlis pelancaran kempen kehijauan Kuala Lumpur di Hotel Federal, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto oleh KEVIN TAN

KUALA LUMPUR: Pelakon Tony Eusoff menyokong kempen kehijauan alam sekitar 10,000 Expressions of Green KL di Hotel Federal, di sini, Sabtu.

Kempen ini berlangsung dari 15 Januari hingga 28 Februari ini di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Majlis tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Bakaruddin Othman.

“Sebagai artis, saya rasa perlu galakkan orang ramai untuk menggunakan barangan lama yang masih boleh dipakai bagi mengelakkan pembaziran.

“Saya masih lagi memakai seluar jeans dan kasut but yang berusia lebih 10 tahun serta telefon bimbit berusia lebih empat tahun. Secara tak langsung saya telah mengelakkan pembaziran berlaku dan pencemaran alam sekitar,” kata Tony yang turut mengacarakan majlis tersebut.

Turut hadir adalah Pengurus Besar The Federal Kuala Lumpur, Simon Leong dan Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, Syarizan Md Isa.

Menurut Syarizan, syarikat pengurusan artis Aquila Emas turut menjadi rakan komuniti kepada Yayasan Muamalat Belia yang merupakan salah satu rakan kempen tersebut.

“Saya rasa artis juga boleh memberikan mesej untuk menjaga kehijauan alam sekitar dan Kuala Lumpur. Jadi saya menggalakkan semua artis di bawah syarikat pengurusan saya untuk menyokong kempen ini,” ujarnya.

Kempen anjuran Hotel Federal dan Hotel Capitol dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (Perancangan & Pembangunan) itu diadakan bukan sahaja untuk memberikan kesedaran menjaga alam sekitar.

Malah kempen itu juga bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) bagi menyokong aktiviti alam sekitar yang dilakukan.

Selain itu, kempen ini turut disertai oleh Balai Seni Lukis Negara, ICI Paints, Persatuan Penyanyi Pemuzik Penuliz Lagu Tanah Air (PAPITA), Plaza Low Yat, AEON dan Plaza Sungei Wang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.fhihotels.com atau hubungi 03-2148 9166.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan