Peminat Fanatik Justin Bieber Rebut Peluang Demi Konsert

Diterbitkan: Ahad, 16 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cheah Suan Lyn memegang tiket pertama konsert Justin Bieber yang dimenanginya daripada Tune Talk di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto oleh SITI AZIRA
Cheah Suan Lyn memegang tiket pertama konsert Justin Bieber yang dimenanginya daripada Tune Talk di Bangsar Village 2, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto oleh SITI AZIRA

KUALA LUMPUR: Peminat fanatik Justin Bieber, Cheah Suan Lyn, 15, sanggup membuat cartwheel sebanyak 50 kali demi mendapatkan hadiah berupa tiket konsert penyanyi tersebut di Bangsar Village 2, di sini, Sabtu.

Konsert yang dinamakan Justin Bieber My World Tour In Malaysia ini akan berlangsung di Stadium Merdeka, di sini pada 21 April tahun ini, pukul 8.30 malam.

Acara tersebut merupakan salah satu cabaran yang dilakukan oleh para peminat Bieber yang merebut peluang untuk menonton konsert tajaan Tune Talk itu.

Suan Lyn merupakan pemenang peraduan radio Hitz.fm baru-baru ini sekaligus menerima tiket pertama konsert penyanyi yang popular dengan lagu Baby dan Somebody To Love itu.

“Saya berasa gembira dan teruja kerana impian saya menjadi kenyataan. Lebih dua tahun saya menanti peluang untuk menonton konsert Justin Bieber secara langsung.

“Saya juga berasa terkejut apabila Tune Talk memberikan peluang ini. Sebab itu saya sanggup menyahut cabaran ini kerana saya menyertai pasukan cheerleading sejak tingkatan satu,” katanya yang menggemari lagu Pray, One Less Lonely Girl dan Never Let You Go nyanyian Bieber.

Hadiah tiket tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo di ruang legar pusat membeli-belah itu.

Selain itu, kaunter jualan tiket untuk para pengguna Tune Talk turut dibuka di situ sebelum diedarkan kepada seluruh negara pada Ahad.

Menurut Jason, sebanyak 17,000 tiket yang dijual berharga antara RM98, RM188, RM288, RM358 hingga RM498.

“Sebanyak 300 tiket VIP yang akan dijual pada harga RM1,000. Kami akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM150,000 daripada hasil jualan tiket ini untuk tabung kebajikan Rumah Nur Salam di Chow Kit,” katanya dalam satu sidang media.

Tambah Jason, Bieber akan menyanyi banyak lagu popularnya selama hampir dua jam. Penyanyi berasal dari Kanada itu akan berada di Kuala Lumpur seminggu lebih awal sebelum konsert tersebut bermula.

Selain Bieber, penyanyi tempatan juga akan dipanggil untuk menjayakan konsert tersebut.

Tiket boleh didapati secara dalam talian dengan melayari www.airasiaredtix.com atau www.ticketpro.com.my atau kunjungi kaunter AirAsiaRedTix dan TicketPro.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan