Raffi Melecur Lima Peratus, Yang Kassim Beri Nasihat

Diterbitkan: Sabtu, 15 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang Kassim
Yang Kassim

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Aksi Ngeri Malaysia, Yang Kassim kecewa dengan sesetengah syarikat produksi yang tidak mendapatkan khidmat nasihat mereka terlebih dahulu sebelum melakukan penggambaran melibatkan watak-watak aksi.

Yang Kassim berkata, masalah itu berpunca apabila sesetengah produksi hanya mahu mengeluarkan bajet rendah tanpa memikirkan keselamatan pelakon aksi yang boleh membawa maut.

“Syarikat produksi terlalu mementingkan kos sehingga tidak mementingkan keselamatan pelakon yang melakukan aksi berbahaya.

“Walaupun tidak memerlukan bantuan pelagak ngeri namun mereka seharusnya minta pandangan dan khidmat nasihat daripada kami yang pakar tentang hal ini terlebih dahulu,” katanya.

Yang Kassim diminta mengulas tentang insiden pelakon Raffi Hussin,24, yang mengalami kecederaan pada badan, muka dan tangan semasa hendak menyelamatkan diri dalam adegan kebakaran melibatkan sebuah gerai menerusi filem Bara Jiwa arahan Osman Ali, Selasa lalu.

Tambah Yang Kassim lagi, sesebuah produksi yang ingin melakukan penggambaran filem ngeri haruslah menitik beratkan keselamatan pelakon-pelakonnya dan merujuk kepada mereka yang pakar terlebih dahulu.

“Selain itu keselamatan pelakon seharusnya dititik beratkan apabila melakukan aksi-aksi sebegini. Langkah keselamatan awal perlu dibuat.

“Walaupun mereka sudah melakukan beberapa kali latihan sekalipun, tahap keselamatan perlu diambil berat sebab kita tidak menjangkakan sebarang kemungkinan, sebab itu kami biasanya turun dalam satu pasukan dan mengatur strategi terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aksi,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Kassim memberitahu penggunaan alat letupan seperti yang digunakan dalam filem tersebut memerlukan khidmat pakar letupan.

“Dalam aksi lagak ngeri setiap adegan letupan perlu dilakukan oleh pakar letupan walaupun letupan tersebut berskala kecil. Bukan dari segi pelakon tetapi orang yang membuat bom tersebut.

“Bila orang yang tidak pakar tentang itu mereka tidak tahu sejauh mana bom itu akan meletup. Mereka juga menggunakan bom petrol yang mana kebiasaannya kita gunakan untuk babak kebakaran atau letupan pada jarak jauh,” ujarnya yang kesal dengan sikap sambil lewa syarikat produksi terhadap keselamatan pelakon.

Raffi melecur lima peratus

Sementara itu, pihak syarikat Nuansa Sdn Bhd dalam satu kenyataan kepada media, Jumaat berkata, laporan mengenai perkembangan kesihatan Raffi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur menunjukkan pelakon itu hanya mengalami lima peratus kesan melecur pada keseluruhan tubuhnya.

Menurut Penerbitnya Julian Jayaseela, kesan melecur yang terdapat di muka, lengan tangan, abdomen dan belakang badan Raffie adalah tidak dan tempoh untuk sembuh adalah selama 2 minggu.

"Selepas dua minggu, Raffi boleh bekerja seperti biasa. Cuma untuk sembuh secara total dan kembali normal ia mengambil masa selama tiga bulan.

"Raffi cuma perlu menjaga kesan melecur tersebut dengan ubat-ubat yang diberikan dan memastikan tiada jangkitan kuman lain. Dengan langkah penjagaan ini kesan berkenaan tidak akan kelihatan secara fizikal.

"Kemudian dia hanya perlu menjalani rawatan susulan mengikut nasihat doktor. Bagaimanapun Raffie kini dipindahkan ke bilik yang lebih sempurna untuk memastikan dia diberi perhatian khusus agar tidak dijangkiti kuman," katanya menerusi kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan