Ana Raffali Ditawar Jadi Ikon Setem

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) Ana Raffali telah ditawarkan sebagai ikon setem sempena Pameran Setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang berlangsung di Muzium Negara sejak 15 Dis lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata bagaimanapun Ana Raffali masih belum membuat keputusan mengenai tawaran pihak Muzium Negara itu. Ana Raffali menang AJL 25 dengan lagu Tolong Ingatkan Aku.

Pameran setem tersebut mempamerkan koleksi setem dan bahan filateli yang diperoleh dari merata dunia oleh ahli-ahli filateli.

Pameran terbahagi kepada tiga kategori iaitu Jiwa Muda bermula pada 15 Dis 2010 sehingga 15 Jan 2011, Keindahan Flora dan Fauna pada 15 Jan hingga 15 Feb dan Mengenali Dunia pada 15 Feb hingga 15 Mac.

Ibrahim berkata selain pameran setem, pihaknya turut menyediakan aktiviti lain kepada pengunjung yang datang ke Muzium Negara semasa pameran antaranya kuiz, program mencari setem tersembunyi dan pemberian hadiah kepada pengunjung bertuah.

"Satu lagi program yang lebih menarik sepanjang pameran adalah pengunjung dapat mengambil gambar wajah mereka atau bersama keluarga yang boleh dijadikan sebagai setem untuk surat dan poskad bagi dihantar ke mana-mana destinasi," katanya.

Program hujung minggu turut disediakan antaranya ceramah mengenai setem, pertandingan mewarna dan tayangan filem bertajuk "Setem".

Pameran Setem 1Malaysia 1Dunia dijangka dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 18 Jan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan