AF9 : Rancangan Realiti Terakhir Tampil Kelainan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengurus Besar Astro Ria, Azlin Reza Azmi
Pengurus Besar Astro Ria, Azlin Reza Azmi

KUALA LUMPUR: Selepas bersiaran sebanyak lapan musim bermula 2003, program Akademi Fantasia (AF9) merupakan rancangan terakhir pada tahun ini yang akan diadakan pada 2 April depan.

Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata, program yang mencetus fenomena yang diadaptasi dari rancangan popular Le Academia dari Mexico itu terpakda melabuhkan tirai berikutan ingin memberi peluang kepada pelbagai program lain.

“Kami rasa sudah sampai masanya program Akademi Fantasia di rehatkan buat selama-lamanya. Jadi program yang terakhir ini pastinya merupakan program yang terbaik dari musim sebelumnya.

“Kami akan bawakan pelbagai kejutan dan merangkumkan kembali nostalgia-nostalgia dari musim pertama hingga ke lapan untuk paparan peminat setia AF bagi musim terakhir ini,”jelasnya pada sidang media pengumuman sesi uji bakat AF9, Khamis.

Bagaimanapun, Azlin menafikan perkara itu disebabkan oleh sambutan peminat terhadap program tersebut semakin berkurangan.

“Tamatnya program ini bukan kerana sambutan penyokong semakin kurang, kalau kita lihat setiap tahun program ini mempunyai pengikut tersendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Azlin turut memberitahu AF9 ini merupakan musim terbaik dan menampilkan seorang pengetua terkenal di rantau Asia. Selain itu, mereka juga bakal menggunakan khidmat pengacara terkenal tanah air.

“Kami mahu beri yang terbaik untuk konsert terakhir ini dan menjanjikan pengetua yang terkenal di rantau Asia serta hos yang sememangnya terkenal.

“AF9 pasti bakal mencipta satu memori kepada peminat-peminat setia Akademi Fantasia biarpun ia sudah berakhir,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang nama komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa yang disebut-sebut sebagai pengetua AF9, Azlin enggan mengulas perkara itu.

“Tentang itu, kami akan umumkan tidak lama lagi. Buat masa sekarang ia masih belum menjadi rahsia,” katanya.

Sementara itu, Astro buat pertama kalinya memperkenalkan uji bakat secara dalam talian bermula 13 hingga 27 Januari ini. Bagi yang berminat boleh menghantar klip video nyanyian mereka di laman sesawang www.akademifantasia.com.my .

“Seiring dengan perkembangan teknologi, uji bakat secara dalam talian ini akan memudahkan peserta untuk turut serta dalam program ini.

“Selain dapat menjimatkan masa, para peserta juga dapat menambahkan keyakinan diri dan mengumpul peminat sendiri dengan memuat naik video tersebut ke laman web, Facebook dan Youtube,” kata Azlin.

Selain itu, sesi uji bakat akan berlangsung di dua buah negeri iaitu di Sabah bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu pada 28, 29 dan 30 Januari, manakala di Kuala Lumpur pula akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11, 12 dan 13 Januari ini.

Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 hingga 45 tahun dan membawa salinan kad pengenalan atau pasport untuk warga negara Singapura serta berserta dua keping gambar berukuran 4R.

Setiap peserta boleh menyanyi lagi pilihan masing-masing.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan