33 Selebriti Pakai Cheongsam

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis dan selebriti yang memakai pakaian tradisional masyarakat Cina.
Barisan artis dan selebriti yang memakai pakaian tradisional masyarakat Cina.

KUALA LUMPUR: Seramai 33 selebriti wanita memperagakan ceongsam hijau serta barangan kemas Mandalay dan Rafflesia di The Weld, bagi mempromosikan barangan berkenaan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 12 hingga 14 Februari depan.

Mereka adalah Nasha Aziz, model Amber Chia, Erra Fazira, Pushpa Narayan, Dynas dan Faezah Elai.

Turut serta ialah pelakon Intan Ladyana, Farahdhiya, Julia Ziegler, Miss World Malaysia 2009, Thanuja dan Miss Malaysia India Worldwide, Mohana Priya.

Menurut Pengarah Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin, pihaknya sengaja memilih warna hijau berbanding merah sebagai warna rasmi pakaian itu kerana mahu mencari kelainan dalam pertunjukan tersebut. "Selain itu, sebuah pertunjukan Green Cheongsam Showcase yang menampilkan lebih 10 pereka fesyen terkenal turut diadakan di sini pada 12 hingga 14 Januari ini.

“Pemakaian ceongsam pula begitu sinonim dengan batu jed dan mutiara," katanya ketika majlis pelancaran majlis tersebut di The Weld, di sini, Selasa lalu.

Ceongsam hijau ditampilkan dalam pelbagai bentuk dan fabrik termasuklah brocade Cina, songket, batik, lycra dan manik.

Antara pereka fesyen yang terlibat terdiri daripada Ariff Shukor, Bill Keith, Carven Ong, Daniel & Leslie, Faizel Azraff, Rizman Ruzaini, Salikin Sidek dan Wanpa.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan