'Field Trip! USA', 24 Pelajar Berlepas Ke Amerika Syarikat

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paul W. Jones (tengah) bersama 49 pelajar yang akan dibawa ke Amerika Syarikat, Selasa. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN
Paul W. Jones (tengah) bersama 49 pelajar yang akan dibawa ke Amerika Syarikat, Selasa. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Seramai 49 pelajar dari negara ini dibawa berkunjung ke Amerika Syarikat, Selasa (hari ini) bagi menjayakan rancangan realiti pengembaraan televisyen, Field Trip! USA musim kedua.

Field Trip! USA ialah program pertukaran pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pastinya mengubah kehidupan mereka.

Daripada jumlah tersebut, hanya lapan remaja yang terpilih akan dipaparkan aktiviti mereka seperti berkongsi cara mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya, makanan dan cuaca di Amerika Syarikat dalam masa enam bulan.

Qushairi Razali yang juga dikenali sebagai Qi merupakan hos rancangan tersebut.

Menerusi Field Trip! USA itu para pelajar tersebut akan tinggal di kawasan yang berbeza-beza sekitar negara berkenaan dengan keluarga angkat masing-masing.

Mereka antara lain berpeluang belajar di sekolah menengah, membuat kerja rumah, mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah.

Selain itu, mereka juga akan membawa Qi ke tempat-tempat menarik serta kediaman rumah keluarga angkat masing-masing.

Menurut Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim, Field Trip! USA merupakan sebuah rancangan realiti televisyen yang menarik untuk ditonton.

Katanya, ini kerana ia membawa penonton mengembara dan meneroka budaya serta tempat-tempat baru.

"Banyak proses yang perlu dilalui mereka selama berada di sana. Ini pasti membuat mereka lebih menghargai dan merindui negara sendiri," katanya semasa pelancaran Field Trip! USA di kediaman rasmi Duta Amerika Syarikat, di sini, Isnin.

Hadir sama, duta negara itu ke Malaysia, Paul W. Jones dan Pengerusi Yayasan Antarabudaya Malaysia, Dr Yahya Mat Hassan.

Sementara itu, Dr Yahya berkata, program YES (Youth Exchange and Study) membolehkan remaja-remaja Malaysia bertandang dan menimba pengalaman di negara tersebut.

Menurutnya, pelajar-pelajar berkenaan akan dapat berkongsi dan bertukaran informasi selain memperkenalkan kebudayaan Malaysia di luar negara.

Program realiti itu bakal disiarkan pada setiap Rabu, pukul 9.30 malam bermula 28 September 2011 di saluran 8TV.

Ia juga boleh ditonton di laman sesawang www.8tv.com.my atau www.tonton.com.my .

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan