Buah-buahan Hijau Pilihan Raja Farah

Diterbitkan: Isnin, 10 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Farah pentingkan kecantikan dalaman. - Foto oleh YAP CHEE HONG
Raja Farah pentingkan kecantikan dalaman. - Foto oleh YAP CHEE HONG

AKTRES Raja Farah berpendapat kecantikan luaran seseorang akan terserlah secara semula jadi jika mereka tahu menjaga kecantikan dalaman.

Sebab itu dia mengaku mementingkan kecantikan dalaman dan menyarankan kepada semua wanita supaya menitikberatkan perkara tersebut.

Pengambilan air setiap pagi setelah bangun dari tidur menjadi amalan utama pelakon drama Kau dan Aku ini. Sebelum minum dua teguk air sekadar untuk membasahkan tekak, dia akan berselawat terlebih dahulu.

Selain itu, isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria ini turut mempraktikkan tip selalu senyum di depan cermin untuk meredakan tekanan.

Farah berkata ibunya, Farizah Abu Samah banyak mempengaruhinya dari segi pemakanan dan penjagaan kulit.

“Ibu saya sentiasa memantau apa yang saya makan dan pakai. Dia menasihatkan saya supaya tidak minum air sejuk bagi mengelak urat mengembang. Jadi, saya banyak minum air panas dan suam.

“Selain itu, dia galakkan saya makan banyak sayur-sayuran. Saya suka makan sayur kangkung tetapi dia kata sayur itu boleh menyebabkan perut menjadi sejuk. Jadi, saya makan lobak merah dan tomato dengan mengisarnya terlebih dahulu.

“Saya juga mengambil buah-buahan berwarna hijau seperti pir dan epal serta mengelak memakan buah berwarna kuning seperti mangga dan pisang kerana ia mampu menambah selera makan. Jadi kalau makan roti dan epal sahaja pun dah cukup mengenyangkan,” katanya yang mendapat tip agar memakan buah-buahan daripada aktres Erra Fazira.

Baru-baru ini kecoh sebentar apabila ramai yang mengatakan badan Farah sedikit berisi.

Farah akui badannya cepat naik, jadi sebab itu dia perlu mengamalkan diet dengan tidak mengambil nasi pada setiap Isnin sehingga Sabtu. Tetapi setiap Ahad, baru dia akan makan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Sebut tentang diet, Farah menasihatkan agar sesiapa yang ingin menjaga badan supaya dapat mengawal pengambilan makanan untuk mengurangkan berat badan.

“Kita perlu mengikut peraturan makan iaitu enam kali sehari tetapi makan dalam kuantiti yang sedikit.

“Misalnya saya makan pada setiap pukul 8 pagi, 10 pagi, 1 petang, 4 petang, 6.30 petang dan 10 malam. Jika tidak ikut semua pun, sekurang-kurangnya saya akan makan semasa pukul 10 pagi dan 1 petang manakala pukul 10 malam pula saya makan buah-buahan,” tambahnya yang akan bersanding dalam laut di Pulau Perhentian, Terengganu pada Mac atau April tahun ini.

Sebelum itu, Farah akan mengadakan majlis resepsi pada Februari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Jadi, sambil menanti dua resepsi itu, Farah mengikuti pakej rawatan muka dan badan Beautiful Bride oleh AsterSpring sejak beberapa bulan lalu sebelum majlis pernikahannya pada 12 November lalu.

“Setiap bulan, saya akan mengikuti program yang dianjurkan oleh AsterSpring iaitu rawatan body massage dan scrub selama setahun. Seminggu sebelum nikah, saya juga membuat rawatan muka dan badan.

“Saya mencabar diri untuk mengurangkan berat badan saya supaya saya nampak cantik dalam pakaian pengantin. Saya gemar melakukan ORP Immersion Chamber iaitu satu kaedah rendaman yang dapat membakar sehingga 600 kalori dalam masa 30 minit selain membantu membuatkan saya segar selepas setiap sesi.

“Sementara rawatan muka Hydramax Gamma memberikan keserian yang saya idamkan,” katanya kepada Mingguan mStar di pusat kecantikan AsterSpring, Suria KLCC, baru-baru ini.

Selepas berkahwin, Farah akui banyak perubahan yang dilakukan terutama mengurangkan makanan berminyak dan mengelakkan pengambilan makanan segera.

Sebaliknya, Farah mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam. Paling minimum, dia akan berlari selama 30 minit selain melakukan senaman lain pada setiap Sabtu dan Ahad.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan