Razali Hussin Kini Penternak Lembu

Diterbitkan: Ahad, 9 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Razali Hussin mengakui menceburi bidang perniagaan sebagai persediaan untuknya lebih fokus tentang perancangan masa depan.

Dia yang baru sahaja melancarkan perniagaan ternakan lembu Dzas Cattle Farm ini menganggap usahanya itu sebagai langkah awalnya berjinak-jinak dalam bidang tersebut.

"Ladang ternakan lembu ini dibuka selepas puasa hasil modal saya bersama dua lagi rakan niaga. Kami mula urusniaga pada raya haji dan Ahamdulillah kini semakin berkembang.

"Pada awalnya kami ada 16 ekor lembu dan sehingga kini sedah mencapai lebih 100 ekor lembu. Buat masa ini saya hanya tumpukan kepada jual beli lembu sahaja, tapi kami dalam perancangan untuk jual dalam bentuk daging," katanya.

Jelas Razali, idea membuka ladang ternakan lembu datang selepas mendapat beberapa maklumat tentang perniagaan tersebut.

"Saya suka berniaga, namun sebelum memulakan perniagaan saya cari perniagaan yang betul-betul boleh mendatangkan keuntungan dan untuk jangka panjang.

"Selepas kumpul maklumat dan dapat rakan yang berminat untuk melabur barulah saya betul-betul yakin dengan bisnes ini," katanya.

Dalam pada itu, turut mengakui tidak boleh terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki sebagai artis yang tidak menentu, terutamanya untuk bekalan hari tua.

"Kita lihat ramai artis yang buka perniagaan kerana memikirkan jangka masa panjang. Kita tidak boleh bergantung kepada hasil lakonan sahaja sebab kita sendiri tidak tahu sampai bila akan berlakon.

"Saya rasa dari sekarang dah mula kumpul harta sedikit dan bekalan untuk hari akan datang," ujarnya yang bakal menyambut hari lahir ke 35 pada 16 Januari ini.

Sementara itu, dari segi kerjaya sebagai anak seni, dia sedang merancang untuk menlahirkan sebuah single baru pertengahan tahun ini.

"Saya masih minat menyanyi dan masih mendapat jemputan untuk persembahan nyanyian, justeru itu saya ingin buat sebuah lagu yang boleh saya nyanyikan kerana sebelum ini sering menyanyikan lagu orang lain.

"Lagu tersebut saya buat sendiri namun belum mempunyai masa untuk buat rakaman," katanya yang mengakui tahun 2011 merupakan tahun kemunculannya semula sebagai penyanyi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan