Daphne, Elaine Daly, Sasha Saidin dan Deborah Henry Daya Penarik Bella

Diterbitkan: Ahad, 9 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sempena tahun 2011, Stesen televisyen ntv7 menghidangkan sebuah lagi rancangan temubual terbaru buat kaum hawa iaitu Bella yang dijadualkan bermula pada 3 Januari 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11.30 pagi.

Program ini akan mengupas pelbagai topik dan isu hangat yang boleh membuatkan penonton terpaku tidak kira wanita mahupun lelaki.

Empat hos popular terdiri daripada Daphne Iking, Elaine Daly, Sasha Saidin, dan Deborah Henry akan mengendalikan rancangan ini mengikut pengalaman mereka yang mengagumkan lagi menghiburkan kepada pentontonnya dalam rancangan majalah wanita ini.

Menurut Pengurus Penjenamaan ntv7, Emilya Ab Rahim, program berbentuk majalah ini mampu menarik perhatian penonton kerana lain daripada rancangan majalah yang biasa dihidangkan.

“Bella menyasarkan untuk menjadi program perintis dalam slot waktu siang yang menonjolkan kekuatan sebenar wanita dengan sentuhan humor dan mesra. Rancangan ini akan menampilkan gabungan unik temu ramah bersama selebriti, penglibatan penonton, segmen yang mengetengahkan bakat dan kisah berinspirasi wanita biasa,” katanya.

Rancangan bual bicara ini komited untuk menyerlahkan kekuatan dan keyakinan wanita menerusi pelbagai segmen setiap hari.

Pada hari Isnin, segmen “Who’s who” akan menampilkan individu berprofil tinggi, manakala Selasa akan membantu wanita untuk tampil anggun dengan tips fesyen dan kecantikan oleh pakar penjagaan kulit profesional hinggalah pereka fesyen terkemuka, Rabu adalah tentang kehidupan peribadi selebriti dan aspirasi mereka, Khamis pula menjanjikan segmen yang menceriakan, iaitu isu gaya hidup yang merangkumi tips berkaitan dengan gajet atau IT, kereta, dan juga isu kehidupan seharian seperti pengurusan wang, dan para lelaki boleh bersorak sama pada hari Jumaat kerana perspektif kaum Adam akan diambil kira dalam segmen ‘Mars vs. Venus’.

Setiap personaliti Bella akan mengendalikan setiap segmen mereka dengan gaya dan cara tersendiri. Bakat, pengetahuan, serta pencapaian masing-masing telah mengangkat nama mereka ke persada hiburan tanah air yang cukup dikenali di seluruh negara.

“Tidak dinafikan lagi, mereka akan mengupas isu topikal untuk penonton dengan hiburan dan intelektual mereka dalam gaya tersendiri. Personaliti mereka yang menghiburkan serta keunikan mereka berdepan dengan isu harian dalam suasana yang santai pasti akan membuatkan penonton ternanti-nanti di hadapan kaca TV,” tambah Emilya.

Yang pasti, Bella bakal menarik ramai penonton dari pelbagai golongan tidak kira suri rumah, eksekutif, atau pelajar. Pastikan anda menonton Bella, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11.30 pagi, mulai 3hb Januari 2011, dan siaran langsungnya pada setiap Ahad jam 1.30 petang, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan