Asyraf 'Imam Muda' Belajar Tulis Skrip

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip bagi mengembangkan lagi kerjayanya dalam bidang penyiaran.

Menurut Asyraf, dia tidak hanya mahu dilihat di hadapan kamera sahaja, malah mahu mengembangkan dakwah kepada bidang penulisan skrip untuk mendidik masyarakat.

"Saya sedang belajar dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip berunsur keagamaan dan cerita-cerita nasihat yang boleh memberi keinsafan kepada penonton.

Dia memberitahu projek tersebut merupakan sumbangan kecilnya kepada masyarakat," katanya yang menjalankan projek tersebut bersama sebuah produksi tempatan.

Dalam pada itu, Asyraf yang kini mengendalikan program Soal Asyraf mengakui rezekinya semakin bertambah semenjak menjuarai program tersebut, malah tanggungjawab sebagai imam juga dapat diperkembangkan dengan lebih meluas.

"Alhamdulillah rezeki semakin banyak lepas dikenali ini, saya dapat jemputan daripada banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberi ceramah.

"Walaupun saya sudah melepaskan jawatan sebagai imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur, namun dia dapat mengembangkan dakwah ke tempat-tempat lain dan tidak hanya statik di situ," ujarnya yang masih pelajar peringkat Sarjana dalam bidang Syarie di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mengulas kemunculan program Imam Muda musim kedua, tuturnya tiada langsung perasaan cemburu terhadap peserta-peserta yang bakal dilahirkan untuk musim akan datang ini.

Jelas Asyraf, mereka memerlukan lebih ramai lagi tenaga Imam muda untuk membantu memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

"Saya gembira dan menantikan kelahiran imam-imam muda baru dari keluaran akan datang ini. Kami di sini memerlukan lebih ramai lagi imam muda yang dapat membantu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada kami sebagai pendakwah.

"Tiada apa yang perlu dicemburukan kerana segala punca rezeki adalah daripada Allah saya juga menyeru agar mereka yang hebat-hebat di luar sana untuk tampil menyertai program ini," katanya.

Program Imam Muda musim kedua akan memulakan sesi uji bakat bermula akhir bulan ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan. Manakala program tersebut bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis bermula 25 April 2011.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan